Kerajaan Mahu Segera Laksana Subsidi Petrol Bersasar, Tapi Sangat Rumit – PM Anwar

Kerajaan Mahu Segera Laksana Subsidi Petrol Bersasar, Tapi Sangat Rumit - PM Anwar

Kerajaan Mahu Segera Laksana Subsidi Petrol Bersasar, Tapi Sangat Rumit – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan seboleh-bolehnya mahu mekanisme subsidi bersasar dilaksanakan sesegera yang mungkin.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95 tidak mudah dan agak kompleks.

Sehubungan itu beliau berkata pihaknya sedang mempertimbangkan beberapa kertas kerja dan cadangan berhubung mekanisme berkenaan, bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan segera.

“Kami sedang berusaha ke arah itu, sebenarnya ada satu pasukan sedang mengusahakannya sekarang ini, dan terdapat beberapa cadangan tetapi kami tidak beberapa yakin dari segi keberkesanan pelaksanaannya.

“… tidak seperti bekalan elektrik kita tahu rumah itu, kilang,… tetapi diesel suatu yang berbeza,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi Temu Mesra di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Anwar berkata pelaksanaan subsidi bersasar adalah bagi memastikan hanya golongan yang selayaknya, dapat menikmati kemudahan tersebut.

Sebelum ini Perdana Menteri berkata adalah tidak munasabah untuk kerajaan meneruskan subsidi seperti kos mengerjakan haji dan elektrik, kepada golongan T20.

“Ia memandangkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada subsidi yang disalurkan kerajaan kepada orang miskin sebelum ini, turut dinikmati oleh golongan terbabit,” kata Anwar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada Mei berkata penetapan mekanisme bagi pemberian subsidi bersasar, sudah 75 peratus selesai dan hasil perbincangan berhubung mekanisme itu yang membabitkan pelbagai jawatankuasa, akan dibentangkan di Kabinet, sebelum sebarang keputusan lanjut dimuktamadkan.

BACA: “Tambah Dalam Senarai Puskas”, Media Antarabangsa ‘Terpukau’ Dengan Gol Safawi

Sumber: Bernama

The post Kerajaan Mahu Segera Laksana Subsidi Petrol Bersasar, Tapi Sangat Rumit – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*