Lebih 6,000 Pulau Baharu Ditemui Di Jepun

pulau baharu jepun

Lebih 6,000 Pulau Baharu Ditemui Di Jepun

TOKYO — Kerajaan Jepun merekodkan sebanyak 6,852 pulau baharu berjaya ditemui sejak kajian dijalankan pada tahun 1987, menurut Pengawal Pantai Jepun.

Memetik UNILAD, terdapat sejumlah 1,479 pulau di kawasan Nagasaki manakala di Kagoshima pula berkemungkinan sebanyak 1,256 dan di Utara Jepun, Hokkaido, 1,473 buah pulau selepas membuat pengiraan semula.

Lebih 100,000 pulau telah dikesan menerusi komputer. Namun ia hanya mempunyai 100 meter keluasan dan tidak termasuk dalam senarai rasmi.

Menurut sumber yang memberitahu Kyodo News, tinjauan baharu kerajaan akan menghasilkan angka yang lebih tepat dengan bantuan komputer berdasarkan peta tanah elektronik (GSI) pada 2022.

Bagaimanapun, bilangan pulau di Jepun dijangka meningkat lebih dua kali ganda daripada 6,852 kepada 14,125 secara keseluruhan lapor sumber itu.

Manakala, bilangan tasik dan tebing sungai tidak termasuk dalam angka itu. Angka yang dikemaskini tidak akan mengubah saiz dan perairan di wilayah negara matahari terbit itu.

Dalam pada itu, seorang ahli parlimen Liberal Demokrat menyatakan bahawa pengenalpastian bilangan pulau adalah penting dalam pentadbiran dan kepentingan negara.

Sebelum ini pada perhimpunan parlimen Disember 2021, isu itu dipersoalkan mengenai jumlah sebenar dan tarikh yang berbeza-beza.

Difahamkan, kerajaan akan mengumumkan angka baharu pulau di Jepun pada bulan depan.

BACA JUGA: “Akhirnya Dapat Tengok Depan Mata..,” Peminat Dari Jepun Nekad “Fly” Ke Malaysia Demi Filem Mechamato

Untuk pengetahuan, Jepun merupakan negara ke-11 paling ramai penduduk di dunia dengan anggaran 124,840,000 penduduk pada tahun 2022.

Bandar Tokyo menjadi kawasan metropolitan paling ramai penduduk di dunia dengan lebih 37.2 juta penghuni. Walau bagaimanapun, terdahulu negara tersebut mengalami krisis kadar kelahiran yang rendah, lapor AFP.

Tambahan lagi, bilangan orang tua di negara itu juga semakin meningkat. Perkara itu disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam satu kenyataan pada bulan lalu.

Oleh itu, program berkaitan kanak-kanak akan digandakan dengan perbelanjaan kerajaan, maklum Kishida.

Difahamkan, faktor masalah itu didorong oleh peningkatan kos sara hidup, penglibatan golongan wanita dalam sektor tenaga kerja dan perancangan keluarga.

Sumber: UNILAD

The post Lebih 6,000 Pulau Baharu Ditemui Di Jepun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*