Skrip Kontroversi Drama Siri ‘Kudeta’, Maszlee Malik Mohon Maaf

drama siri kudeta maszlee malik mohon maaf

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai susulan skrip kontroversi drama bersiri ‘Kudeta’ yang tular baru-baru ini.

Maszlee dalam satu kenyataan berkata, keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik terhadap masyarakat tidak perlu sehingga menyinggung sensitiviti mahupun budaya.

“Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak perdana menteri jahat dipenjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua,” memetik kenyataannya di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat sama ada secara peribadi mahupun umum.

“Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan,” tambahnya.

Dalam masa sama beliau turut berharap pihak penerbitan agar dapat menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.

Terdahulu, tular di media sosial klip video lakonan Maszlee dalam drama bersiri berkenaan yang memaparkan beliau menyebut konteks ‘kurang enak’ dalam skrip yang dilafazkan.

Menurut tinjauan awam, skrip yang dilontarkan Maszlee dalam babak berkenaan didakwa mempunyai unsur berbaur sensitiviti yang dipercayai menyentuh hal sulit kaum wanita.

Perkara itu mendapat perhatian warga maya ekoran skrip tersebut dipercayai memberi kesan tidak baik terhadap martabat wanita walaupun ia diterjemahkan dalam lakonan semata-mata.

Maszlee membawa watak sebagai Jamal Banna iaitu bekas perdana menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah dan drama siri tersebut merupakan sebuah karya yang bertemakan thriller politik.

Kudeta juga menyaksikan Mariam Imran lakonan Vanidah Imran diangkat sebagai Perdana Menteri wanita pertama dan mempertahankan kerajaan yang goyah.

Sumber: Maszlee Malik via Facebook

The post Skrip Kontroversi Drama Siri ‘Kudeta’, Maszlee Malik Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*