Gerai Jual Mercun, Bunga Api Terbakar, Tiada Lesen – Polis

gerai mercun tiada lesen

Gerai Jual Mercun, Bunga Api Terbakar, Tiada Lesen – Polis

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Gerai menjual mercun dan bunga api yang terbakar di Jalan Raja Bot, Chow Kit di sini, semalam, didapati tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wang ACP Noor Dellhan Yahaya berkata satu kertas siasatan telah dibuka terhadap insiden yang tular di media sosial itu dan individu terbabit telah dikenal pasti.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata insiden yang berlaku pukul 10.50 malam semalam itu disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan yang dikuatkuasakan.

BACA: Polis Kelantan Jangka Permohonan Permit Jual Mercun Akan Meningkat

Main mercun lepas 12 malam & ganggu ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan

Sebelum ini, media melaporkan tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada individu yang bermain mercun melebihi jam 12 tengah malam sekiranya mengganggu ketenteraman awam, lapor Sinar Harian.

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, mana-mana individu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dengan denda tidak melebihi RM100.

“Tindakan tegas terhadap individu yang didapati sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda. Mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” maklumnya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, bunga api itu turut berisiko mendatangkan kecederaan kepada mereka yang bermain. Hal ini kerana bahan letupan itu dikategorikan sebagai  “dangerous good cargo” (DGC) dan “hazard class division” (HCD) 1.4g.

“Individu yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang. Ia supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

“Masyarakat terutama ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak masing-masing ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan,” jelasnya lagi.

Sumber: BERNAMA

The post Gerai Jual Mercun, Bunga Api Terbakar, Tiada Lesen – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*