Lebih RM9,000 Tertunggak, Pemandu Ditahan Elak bayar Tol

Pemandu elak bayar tol

Lebih RM9,000 Tertunggak, Pemandu Ditahan Elak bayar Tol

Seorang pemandu warga Kemboja ditahan Polis Lebuhraya selepas memandu melalui pintu tol di daerah Bang Lamung di Chon Buri tanpa menjelaskan caj tol tertunggak lebih RM9,000.

Memetik The Thaiger, tangkapan itu berjaya dilakukan pada 1.30 pagi yang diketuai pemangku ketua Polis Lebuhraya, Pol. Mej Jen. Jaroonkiat Pankaew.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dibuat dalam menambah baik aliran trafik di sepanjang Lebuhraya 9 antara Bang Pa-in dan Bang Phli.

Dalam pada itu, pemandu kenderaan dibenarkan menggunakan saluran M-Flow ini walaupun tidak memiliki akaun tersebut. Namun semua pengguna diwajibkan untuk membayar caj tertunggak dalam tempoh dua hari selepas ia berlalu.

Perlu diingat juga bahawa kegagalan untuk menyelesaikan caj ini tepat pada masanya boleh dikenakan denda sepuluh kali ganda caj yang tertunggak.

Dalam pada itu, kenderaan yang dikendalikan oleh pemandu sebuah trak pikap Toyota tersebut adalah antara 20 kenderaan yang disenaraikan dalam senarai pelaku.

Sebelum ini, laporan pengelakan pembayaran tol menunjukkan kenderaan itu telah melalui saluran M-Flow sebanyak 266 kali tanpa sebarang bayaran. Sekali gus telah mengumpul sebanyak 71,580 baht dalam caj tol yang belum dijelaskan.

Pesalah merupakan pekerja kontrak penghantar barangan

Siasatan mendapati bahawa, pengguna itu bekerja sebagai penghantar barangan dari pasar Simummuang yang terletak di Pathum Thani ke Chon Buri.

Dia telah memilih saluran M-Flow kerana memiliki trafik yang lebih ringan berbanding lorong lebuhraya yang lain.

Pemandu itu juga menyatakan bahawa dia tidak menerima sebarang notis yang mengarahkannya untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan.

Berdasarkan laporan itu, kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali pesalah ditangkap dalam cubaan mengelak membayar tol.

Terdahulu, seorang individu yang mempunyai rekod melanggar lalu lintas berulang kali telah diberkas polis. Pemandu itu ditahan selepas memandu sebuah Porsche dengan plat pendaftaran palsu bagi mengelak bayaran tol.

Pemandu itu dipercayai telah mengelak sebanyak tuduhan itu dalam 22 kes yang berbeza. Pesalah dikatakan menggunakan sistem M-Flow yang baru diperkenalkan bagi kepentingan dan keuntungannya sendiri.

Sumber: The Thaiger

The post Lebih RM9,000 Tertunggak, Pemandu Ditahan Elak bayar Tol appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*