Pengakuan “Influencer” TiKTok Tak Basuh & Pakai Baju Tidur Yang Sama Berhari-hari Cetuskan Perdebatan Hangat

Pengakuan Influencer Yang Tak Basuh Baju Tidur Berhari-Hari, Cetus Perdebatan Di Media Sosial

Pendedahan seorang pempengaruh TikTok bahawa dia tidak membasuh dan memakai baju tidur yang sama berhari-hari telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengikutnya baru-baru ini.

Allison Delperdang sebelum ini menerusi satu video bertanya kepada orang ramai beberapa soalan mengenai tabiat pemakaian baju tidur.

“Saya nak tahu, ada tak sesiapa di sini yang memakai baju tidur yang sama untuk beberapa malam?

“Saya pakai baju tidur yang sama untuk beberapa malam. Jadi saya nak bertanya, adakah kita semua melakukan perkara yang sama, atau kita patut menukar baju tidur setiap malam?,” soalnya menerusi video tersebut.

Pengakuan yang dibuat oleh Allison kedengarannya seperti perkara biasa sahaja, namun apabila menjengah ke ruangan komen, rupanya ramai warga maya berpendapat memakai baju tidur yang sama lebih daripada satu malam adalah perkara yang menjijikkan.

Ramai daripada pengikutnya mengakui bahawa mereka menukar dan membasuh baju tidur yang dipakai setiap malam. Jadi, apabila mendengar pendedahan yang dibuat Allison, mereka mengakui sedikit ‘ngeri’.

“Tidak, kerana baju tidur itu saya dah pakai lebih daripada 8 jam. Jadi, baju itu sudah kotor,” komen salah seorang pengguna.

”Pakaian baru setiap malam. Saya juga hanya menggunakan tuala untuk sekali guna sahaja dan menukarnya. Sama seperti anak-anak saya,” balas seorang lagi pengikutnya.

“Tak! Semasa tidur, anda akan berpeluh. Jadi, kenapa saya perlu memakai pakaian itu semula?” soal pengikutnya yang lain pula.

Manakala, jawapan daripada seorang warga maya ini mungkin menjadikan semua pembaca bersetuju bahawa baju tidur perlu ditukar dan dibasuh setiap hari.

“Saya tidak pernah memakai baju tidur yang sama semula… Kita akan sentiasa mengeluarkan sel kulit mati dan walaupun ia kedengaran tidaklah terlalu kotor, saya tetap tidak akan melakukannya,” kata warga maya tersebut.

Namun begitu, ada juga yang bersetuju dengan Allison dan mengakui sebahagian daripada ‘geng recycle’ baju tidur yang sama setiap malam.

Kata mereka, perkara tersebut adalah biasa dan bukanlah tanda seseorang itu kurang pembersih.

“Saya memakai baju tidur yang sama seminggu kerana saya tidak gemar membasuh baju,” kata salah seorang warga maya yang bersetuju dengan Allison.

“Selamatkan alam sekitar dan pakaian anda. Kalau baju tersebut tidak kotor dan berbau, kenapa perlu membasuhnya? Saya memakainya dalam satu minggu berturut-turut ketika musim sejuk,” kata seorang lagi penyokongnya.

@allisondelperdang

what are adults doing these days? Asking for a friend… #pajamas #laundry #sleep #sleepover #adulting #adult #DoritosTriangleTryout

♬ original sound – Allison Delperdang (Kjar)

Anda pula bagaimana? Adakah anda team basuh baju setiap hari ataupun team baju sama setiap malam?

BACA: (Video) Patutlah Tak Boleh Letak Sabun Terlalu Banyak Masa Basuh Baju, Rupanya Ini Sebabnya

Sumber: Tyla

The post Pengakuan “Influencer” TiKTok Tak Basuh & Pakai Baju Tidur Yang Sama Berhari-hari Cetuskan Perdebatan Hangat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*