Lebih Sedekad Menanti, Trailer GTA 6 Dapat Lebih 50 Juta Tontonan Dalam Masa 10 Jam

trailer gta 6

Lebih Sedekad Menanti, Trailer GTA 6 Dapat Lebih 50 Juta Tontonan Dalam Masa 10 Jam

Trailer pertama permainan video terkenal iaitu Grand Theft Auto (GTA) 6 kini sudah pun mendapat lebih 50 juta tontonan daripada peminat di seluruh dunia.

Video berkenaan baru sahaja dimuat naik di laman Youtube pembangun permainan berkenaan, Rockstar Games kira-kira 10 jam lepas.

Selain mendapat jumlah tontonan yang tinggi dalam masa yang singkat, trailer tersebut juga sedang menjadi trending dan berada di kedudukan kedua di Youtube.

Keterujaan yang ditunjukkan oleh para peminat GTA boleh difahami memandangkan mereka sudah menunggu versi seterusnya permainan tersebut lebih sedekad lamanya.

Dalam pada itu, berdasarkan trailer berkenaan, GTA 6 akan bermula dengan latar belakang Vice City dengan penampilan protagonis wanita pertama siri tersebut, Lucia. Manakala Lucia ketika itu dilihat sedang berada di dalam sebuah penjara.

Namun, peminat perlu menunggu trailer seterusnya untuk melihat penceritaan penuh GTA 6 atau menanti permainan itu dilancarkan kelak. Setakat ini, Rockstar Games tidak memaklumkan bila trailer berikutnya akan dilepaskan.

Menurut laporan IGN, GTA 6 dijangka akan dilancarkan secara rasmi kepada peminat pada 2025 nanti untuk platform PS5 dan Xbox Series S|X.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman sama ada pelancaran tersebut turut melibatkan GTA 6 versi PC.

Pemerhati industri permainan video berkata, pelancaran GTA 6 bakal menjadi salah satu acara pelancaran paling signifikan dalam industri hiburan dekad ini.

GTA V sebelum ini berjaya terjual sebanyak 185 juta salinan di seluruh dunia. Ia merupakan permainan kedua paling popular dalam sejarah dibelakang Minecraft.

Netflix Lancar Tiga Permainan GTA Khas Kepada Ahli Pada 14 Disember Ini

Sebelum ini, Netflix membuat pengumuman bahawa tiga versi permainan ikonik GTA akan ditawarkan untuk dimainkan di platform tersebut bermula 14 Disember ini.

Pengumuman pelancaran itu telah dimaklumkan oleh syarikat tersebut dalam satu hantaran video yang memaparkan sedutan permainan berkenaan di Facebook mereka.

“Berita tergempar: GTA IIIVice City, dan San Andreas daripada siri Grand Theft Auto (GTA) akan hadir ke Netflix Games untuk telefon bimbit pada 14 Disember,” kata Netflix.

Difahamkan, ketiga-tiga versi GTA itu hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Netflix sahaja menerusi App Store, Google Play dan dalam aplikasi mudah alih Netflix.

BACA: Netflix Lancar Tiga Permainan GTA Khas Kepada Ahli Pada 14 Disember Ini

Sumber: YouTube/ Rockstar Games, The Verge

The post Lebih Sedekad Menanti, Trailer GTA 6 Dapat Lebih 50 Juta Tontonan Dalam Masa 10 Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*