Legenda Tiada Ganti, Kenali Latar Belakang Khalid Ali Ramai Tak Tahu

Kenali Khalid Ali

Legenda Tiada Ganti, Kenali Latar Belakang Khalid Ali Ramai Tak Tahu

Baru sekejap tadi, kita telah menerima khabar duka tentang kehilangan seorang lagi legenda bola sepak negara yang dikenali sebagai Khalid Ali.

Khalid Ali, 66 tahun dilapor meninggal dunia pada jam 3.03 petang hari ini selepas setahun bertarung nyawa dengan penyakit kanser paru-paru.

Berita kematian Allahyarham telah dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu muat naik di laman sosial rasmi mereka sebentar tadi.

“Semoga ALLAH merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin,” tulis FAM menerusi Facebook.

Kenali Khalid Ali
Kredit Facebook FAM

Kenali siapa Khalid Ali

Khalid Ali merupakan bekas pemain bola sepak negara sezaman dengan Allahyarham Mokhtar Dahari.

Khalid Ali atau nama penuhnya Abd Mohd Khalid Mohd Ali merupakan pemain di bahagian tengah bertahan atau holding midfielder.

Sepanjang kariernya, Allahyarham dikenali sebagai dengan gaya permainan yang lasak, menjadikan kelibatnya amat digeruni lawan.

Beraksi bersama Selangor, Allahyarham pertama kali menyarung jersi skuad kebangsaan pada 1977.

Beliau seterusnya menyumbang bakti buat skuad kebangsaan sebagai pemain sehingga 1985.

Pernah membantu Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980

Pencapaian terbaik Allahyarham adalah sewaktu membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Walau bagaimanapun, Malaysia telah menarik diri daripada kejohanan tersebut selepas kerajaan mengambil keputusan untuk memboikot tuan rumah.

Menurut Jabatan Penerangan, Allahyarham juga pernah membantu skuad kebangsaan dalam beberapa edisi temasya sukan yang lain.

Antara mewakili skuad kebangsaan dalam temasya Sukan SEA Manila dan Sukan SEA Singapura.

Selepas bersara daripada dunia bola sepak, Allahyarham kemudian dilapor menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Selain itu, Allahyarham juga aktif dalam memberi pandangan tentang perkembangan bola sepak tempatan dan negara.

Pandangan-pandangan bernas yang diutarakan Allahyarham kerana mahu melihat pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia kembali digeruni di pentas dunia.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar dan cukup dirasai komuniti bola sepak negara.

Kami di SK mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Sinar Harian, The Sportivo

The post Legenda Tiada Ganti, Kenali Latar Belakang Khalid Ali Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*