Lelaki Berjaya “Scam” 20 Restoran, Berlakon Sakit Jantung Tiap Kali Nak Bayar Bil

lelaki scam restoran

Lelaki Berjaya “Scam” 20 Restoran, Berlakon Sakit Jantung Tiap Kali Nak Bayar Bil

Seorang lelaki warga Lithuania telah ditahan selepas didakwa memalsukan serangan jantung di 20 restoran di seluruh negara Sepanyol demi mengelak daripada membayar bil makanan, lapor Oddity Central.

Lelaki berusia 50 tahun itu dilaporkan menipu sekurang-kurangnya 20 kedai makan yang kebanyakannya terletak di wilayah Costa Blanca, Sepanyol.

Lelaki itu dilaporkan akan memesan makanan dan minuman lalu dia akan mula berlakon secara dramatik sambil memegang dadanya.

Lelaki itu kemudiannya akan berpura-pura pengsan di atas lantai restoran yang telah dipilih menjadi sasarannya.

Penipuannya terbongkar selepas seorang pemilik restoran yang mengesyaki taktiknya bertindak mengambil gambarnya untuk memberi amaran kepada restoran lain.

Bulan lalu, lelaki itu berada di El Buen Comer, sebuah restoran di Alicante menikmati beberapa paela makanan laut dan wiski sebelum kakitangan membawa bil sebanyak usd 37 (RM176.30).

Selepas pelayan meninggalkan meja lelaki itu, dia hanya bangun dan cuba berlalu pergi.

Tetapi dia telah dihalang dan diminta untuk membayar bil makanannya terlebih dahulu sebelum meninggalkan restoran tersebut.

Bagaimanapun, menurut penipu itu dia berkata bahawa dia mahu mengambil wangnya dari dalam bilik hotel, tetapi dihalang oleh kakitangan restoran tersebut.

Pada ketika itulah dia mula memalsukan lakonan serangan jantungnya yang penuh dramatik.

“Ia seperti lakonan teater, dia berpura-pura pengsan dan merebahkan dirinya di atas lantai. Kami telah menghantar gambarnya ke semua restoran untuk mencuba menghalangnya daripada menipu lagi,” kata pengurus El Buen Comer.

Kakitangan yang tidak mempercayai persembahan itu akhirnya menghubungi polis untuk menguruskan lelaki itu.

Apabila pegawai tiba di tempat kejadian, lelaki itu cuba meminta bantuan perubatan daripada polis.

Lakonan lelaki itu bagaimanapun tidak diendah kerana anggota polis dikatakan telah mengenali lelaki itu di dalam kejadian di restoran yang berasingan di Alicante.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Menurut media Sepanyol, lelaki berusia 50 tahun itu terkenal dikalangan pemilik restoran di Costa Blanca dengan penipuannya itu.

Perbuatan lelaki itu pertama kali dikesan pada November 2022 dan sejak itu dia menjadi terkenal dengan lakonan serangan jantungnya yang palsu.

Selepas tertangkap dengan penipuan berpuluh-puluh restoran, penipu itu mungkin tidak dapat terlepas lagi pada kali ini.

Sebilangan pemilik restoran telah merancang untuk bekerjasama dan memfailkan aduan bersama yang boleh menyebabkan lelaki itu dipenjarakan sehingga dua tahun.

Sumber: Oddity Central

The post Lelaki Berjaya “Scam” 20 Restoran, Berlakon Sakit Jantung Tiap Kali Nak Bayar Bil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*