Anugerah MTV EMA Dibatalkan Susulan Konflik Israel-Palestin

MTV EMA dibatalkan

Anugerah MTV EMA Dibatalkan Susulan Konflik Israel-Palestin

Anugerah MTV Europe Music Awards (EMA) dilaporkan telah dibatalkan susulan konflik yang melanda Israel dan Palestin, lapor BBC.

Penganjur Paramount memberitahu bahawa pembatalan acara itu adalah disebabkan “kewaspadaan yang tinggi” terhadap konflik yang sedang berlaku.

“Memandangkan ketidaktentuan peristiwa dunia, kami telah memutuskan untuk tidak meneruskannya,” kata kenyataan Paramount tersebut.

Anugerah itu dijadualkan bakal berlangsung di Paris pada 5 November dengan menampilkan persembahan daripada Jung Kook BTS dan bekas bintang Little Mix Leigh -Anne.

Nama-nama besar seperti Doja Cat, Miley Cyrus, Olivia Rodrigo, SZA, Taylor Swift dan Nicki Minaj antara nama yang dicalonkan dalam kategori artis terbaik.

Paramount menyifatkan MTV EMA sebagai “perayaan tahunan muzik global” tetapi konflik yang berlaku sekarang ini tidak sesuai untuk meneruskan sambutan itu.

Anugerah Muzik Eropah MTV 2023 Diumum Batal Susulan Konflik Israel-Gaza
Kredit: MTV

“Dengan beribu-ribu nyawa yang terkorban, ia adalah detik berkabung.

“Memandangkan ketidaktentuan situasi dunia, kami telah memutuskan untuk tidak meneruskan EMA MTV 2023.

“Terutamanya selepas kacau-bilau yang berlaku melibatkan ribuan pekerja, krew, artis dan rakan kongsi yang perlu mengembara untuk menghidupkan persembahan itu,” kata kenyataan itu lagi.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Konflik yang sedang melanda Timur Tengah ketika ini telah tercetus pada 7 Oktober lalu dan sekurang-kurangnya 3,700 orang telah terbunuh di Gaza.

Sementara itu, seramai 1,400 orang di Israel pula dilaporkan terkorban susulan konflik berterusan itu.

Paramount berkata, acara itu akan dijadualkan semula pada November 2024 depan.

Untuk Makluman, EMA telah dijalankan sejak 1994 dan ia pertama kali dihoskan di Berlin, Jerman.

Sumber: BBC

The post Anugerah MTV EMA Dibatalkan Susulan Konflik Israel-Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*