Lelaki Dan Anjing Peliharaan Ditemui Mati, Jatuh Parit 100 Kaki Semasa Mendaki

Lelaki Dan Anjing Peliharaan Ditemui Mati

Lelaki Dan Anjing Peliharaan Ditemui Mati, Jatuh Parit 100 Kaki Semasa Mendaki

Mayat seorang lelaki dan anjing peliharaannya ditemui mati di sebuah parit berhampiran gunung Glencoe, Scotland dalam kejadian minggu lalu, lapor The Mirror.

Lelaki berkenaan 33 tahun dan anjing kesayangannya dipercayai terjatuh sedalam 100 kaki semasa mendaki ekoran keadaan cuaca buruk melanda kawasan pergunungan itu.

Difahamkan, segalanya bermula apabila mereka berkhemah di kawasan berbahaya di satu lokasi tanah tinggi di sekitar pergunungan itu sebelum hilang pada 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, kali terakhir kelibat mereka dilihat adalah ketika berada di kawasan Lost Valley Glencoe di North West Scotland.

Lelaki Dan Anjing Peliharaan Ditemui Mati
Kredit: The Mirror

Misi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pada Selasa berikutan mereka didapati tidak pulang ke rumah di Featherstone, West Yorkshire.

Bagaimanapun susulan operasi itu, pasukan penyelamat akhirnya menemui mayatnya bersama anjing peliharaannya pada petang Sabtu.

Menurut The Mirror, kedua-dua mayat tersebut ditemui di dalam parit kira-kira 2,625 kaki di atas Stob Coire nam Beith yang setinggi 3,632 kaki.

Timbalan Ketua Pasukan Penyelamat Gunung Glencoe, Brian Bathurst berkata, kemungkinan tukang kebun landskap itu membawa anjingnya bersama sebelum dia jatuh hampir 100 kaki dalam keadaan cuaca buruk itu.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang keadaan mencurigakan yang berlaku di persekitaran insiden kejadian.

‘Rehat dengan tenang’

Susulan itu, penghormatan terakhir untuk mangsa telah membanjiri media sosialnya berikutan penemuan tragis tersebut.

“Saya benar-benar mengharapkan hasil yang berbeza. Berehat dengan tenang (RIP) dua jiwa yang indah, bersama selamanya,” tulis seorang individu.

“RIP, saya akan merindui sembang dan rutin anda (berkebun) menakjubkan. Gembira anda berada di tempat tenang bersama anjing kesayangan anda,” komen yang lain.

“Rehat dengan tenang. Terima kasih kerana menjadi luar biasa untuk kami. (Pesanan) Salam buat anda dan keluarga anda. Anda akan menjadi pejalan kaki terbaik yang pernah dikenali,” tulis individu lain.

Lelaki Dan Anjing Peliharaan Ditemui Mati
Kredit: The Mirror

Baca juga: Mayat Ditemui Di Andes Disahkan Wanita Hilang 41 Tahun Lalu

Sebelum ini, satu kejadian serupa berlaku di kawasan pergunungan di Andes, Amerika Selatan yang melibatkan mayat seorang wanita yang telah hilang 41 tahun lalu baru dijumpai pada 28 Januari lalu.

Difahamkan, mereka (Patty, kakaknya dan seorang pendaki) mula mendaki selama empat hari sebelum berhenti dan mendirikan khemah pada ketinggian lebih 5,000 meter sekitar 7 malam.

Pada malam itu, Patty dipercayai pergi meninjau keadaan sekeliling seorang diri tapi malangnya, dia dikatakan tergelincir ratusan meter ke bawah disebabkan cerun berais.

Disebabkan Patty tidak pulang ke khemah (setelah lama meninjau), Corina dan Sergio bertindak untuk mencarinya sepanjang malam sebelum kembali ke khemah mereka.

Sumber: The Mirror

The post Lelaki Dan Anjing Peliharaan Ditemui Mati, Jatuh Parit 100 Kaki Semasa Mendaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*