Lelaki Dedah Realiti Awal Wabak Covid-19 Di Wuhan Dibebaskan

wartawan citizen wuhan

Lelaki Dedah Realiti Awal Wabak Covid-19 Di Wuhan Dibebaskan

Seorang individu yang bertukar menjadi wartawan ‘citizen’ (citizen journalist) telah dibebaskan selepas lebih tiga tahun ditahan di China kerana mendokumentasikan wabak awal Covid-19 di Wuhan.

Lapor CNN, lelaki bernama Fang Bin itu telah menghilangkan diri selepas berkongsi video yang menunjukkan situasi di tengah bandar China tersebut yang merupakan pusat wabak asal.

Fang telah didakwa kerana mencetuskan masalah, oleh itu dia dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun.

Namun, butiran kes tersebut tidak dapat disahkan sama ada Fang didakwa secara rasmi atau persekitaran keadaannya.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang diberikan oleh biro keselamatan awam Wuhan dan Kementerian Kehakiman di Beijing.

Difahamkan, ketika kejadian, pihak berkuasa berusaha untuk menyekat maklumat mengenai tahap sebenar berhubung dengan wabak itu kepada awam.

Menurut ahli keluarga, Fang telah dibebaskan pada Ahad di Wuhan, walau bagaimanapun, kesihatannya telah terjejas semasa dia berada di tahanan.

Fang mengalami masalah untuk menikmati makanan dan tidur, sehingga membuatkan dia kehilangan sejumlah besar berat badan.

BACA: COVID-19: China “Lockdown” Wuhan Semula, Lebih 800,000 Penduduk Di Arah Berkurung

Imbas kembali detik cemas di Wuhan

Videonya yang disiarkan ke media sosial pada awal 2020 mendedahkan realiti penyebaran virus tersebut dan bercanggah dengan naratif rasmi yang dibentangkan oleh kerajaan kepada umum.

Pihak berkuasa telah menutup bandar Wuhan pada 23 Januari tahun itu, tetapi selepas tempoh kira-kira tiga minggu, pegawai kesihatan mengesahkan virus tersebut telah merebak dengan buas.

Dalam satu video, Fang yang juga seorang penjual pakaian menunjukkan hospital di Wuhan telah sesak dengan pesakit.

Dalam satu segmen, Fang turut mengambil peluang mengira beg mayat yang dilonggokkan dalam van sehingga ia menggemparkan penduduk China.

Dalam video terakhirnya, Fang merakam seorang penduduk yang datang mendekatinya dengan mengatakan rumahnya telah dikelilingi oleh anggota polis.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut menjadi emosi selepas mendapat tahu mengenai kematian doktor Li Wenliang, yang berkongsi maklumat kepada umum.

Fang turut mengungkapkan beberapa perkataan kerana tidak tahan dengan situasi gentir yang menyebabkan ribuan nyawa telah diragut.

“Mari kita memberontak, kembalikan kuasa kepada rakyat,” katanya sebelum dilaporkan hilang dan dikenakan tindakan.

Sumber: CNN

The post Lelaki Dedah Realiti Awal Wabak Covid-19 Di Wuhan Dibebaskan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*