Ribut Salji Terburuk Sejak 1989, Los Angeles ‘Lumpuh’

Amaran Ribut Salji Pertama Sejak 1989

Ribut salji musim sejuk dan suhu di bawah paras beku dilapor mula melanda ke sebahagian besar utara Amerika Syarikat, memetik laporan BBC.

Hal ini secara tidak langsung melanda beberapa bahagian selatan California yang biasanya ‘tenang’ tanpa sebarang amaran ribut salji sejak 1989.

Susulan itu, peronda lebuh raya California berhampiran Los Angeles telah menutup sebahagian daripada persimpangan negeri, misalnya Interstate.

Hal tersebut kerana jalan raya dipercayai tidak selamat bahkan memaksa lalu lintas menjadi lebih sesak ke Lebuh Raya 101.

Sementara itu pengkaji menjangkakan salji turun sehingga 8 kaki (2.4 meter) di luar kawasan pergunungan di utara dan timur Los Angeles menjelang Sabtu (semalam).

Bagaimanapun, kawasan pergunungan juga dijangka akan mengalami angin kencang 60-75mph (96-120 km/j) manakala kawasan pantai mungkin banjir.

Amaran Ribut Salji Pertama Sejak 1989
Kredit: Yahoo News

Menurut NWS, salji lebat akan disusuli angin kencang dan jarak penglihatan hampir sifar sehingga penduduk California dinasihatkan utnuk tinggal di rumah serta keluar jika perlu sahaja.

Dalam kejadian lain sebelum ini, beberapa kawasan di tenggara Los Angeles dikatakan dilanda puting beliung lemah yang telah menumbangkan beberapa batang pokok.

Malah, hampir 1,000 penerbangan dilaporkan terpaksa dibatalkan di seluruh Amerika Syarikat setakat pagi Jumaat.

Seorang ahli meteorologi berkata, “Saya harus benar-benar jujur dengan anda semua. Saya sebenarnya tidak pernah melihat amaran ribut salji seperti ini,”

Menurut Pusat Avalanche Sierra, akan berlaku keadaan longsoran berbahaya di seluruh Sierra Nevada sehingga Khamis.

Hal tersebut menyebabkan sekolah-sekolah di barat laut negeri itu tepaksa ditutup ekoran cuaca luar biasa berlaku.

Sementara itu seorang pegawai di daerah Del Norte, Jeff Napier berkata, “Ini adalah hari salji pertama yang kami alami dalam tempoh 31 tahun saya bersama daerah itu,”

Amaran Ribut Salji Pertama Sejak 1989
Kredit: Yahoo News

Salji setebal 28 cm

Selain hujan, bahagian rendah di California juga diramal mengalami salji ketika ribut bergerak ke selatan pada hujung minggu.

Malah, ketinggian salji mungkin turun serendah 1,500 kaki – kira-kira setinggi papan tanda terkenal Hollywood.

Sementara itu di Portland, Oregan, salji yang turun semalaman dipercayai setinggi 28 cm hingga menyebabkan seorang anggota bomba maut akibat bersentuhan dengan tenaga kuasa yang terputus.

Tidak hanya itu, seorang kanak-kanak berusia setahun dipercayai kritikal selepas angin kencang menumbangkan pokok kayu merah ke dalam rumahnya.

Memetik BBC, di lima negeri, ratusan ribu rumah dan perniagaan telah terputus bekalan elektrik manakala lebih 700,000 orang di Michigan dan  120,000 di California masih tidak mempunyai bekalan elektrik setakaat Jumaat.

Sumber: BBC

The post Ribut Salji Terburuk Sejak 1989, Los Angeles ‘Lumpuh’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*