Lelaki Dipenjara 2 Tahun, Jual Kalendar Satira Itik Kuning Didakwa Persenda Raja Thailand

Lelaki dipenjara persenda raja thailand

Lelaki Dipenjara 2 Tahun, Jual Kalendar Satira Itik Kuning Didakwa Persenda Raja Thailand

Seorang lelaki di  Thailand dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada 7 Mac atas perbuatan menjual kalendar yang memaparkan kartun satira itik kuning.

Memetik CNA, menurut sumber kumpulan bantuan undang-undang, perbuatan tertuduh didakwa oleh mahkamah sebagai tujuan mempermainkan raja di negara itu.

Mahkamah Jenayah Bangkok memutuskan bahawa gambar itik kuning pada kalendar 2021 itu didakwa menyerupai dan mempersendakan Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.

Perbuatan itu juga dikatakan turut menjatuhkan reputasi raja bagi negara itu, kata sumber kumpulan Thai Lawyers for Human Rights. 

Tertuduh didakwa di bawah undang-undang lese majeste Thailand, yang memperuntukkan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun.

Ia merupakan kesalahan bagi sesiapa yang memfitnah, menghina atau mengancam raja, permaisuri, waris atau pemangku raja.

Kumpulan bantuan guaman itu berkata, tertuduh berusia 26 tahun itu diringankan hukumannya kepada dua tahun selepas memberi kerjasama dengan mahkamah.

Mahkamah mengisytiharkan bahawa enam ilustrasi dalam kalendar yang dijual tertuduh itu dipercayai dibuat untuk tujuan mengejek raja Thailand.

Terdahulu, itik diperbuat dari getah kuning telah menjadi simbol dalam gerakan protes pro-demokrasi Thailand.

Undang-undang lese majeste telah lama mendapat kritikan kerana kekasarannya dan peruntukan yang membenarkan sesiapa sahaja memfailkan aduan dan penggunaannya untuk tujuan politik partisan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi tumpuan aktivis pro-demokrasi di Thailand yang menggesa agar ia dipinda atau dimansuhkan.

Selain itu, dua aktivis wanita muda yang memohon pemansuhan dan reformasi kehakiman lain dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ia terjadi selepas mereka melakukan mogok lapar selama lebih enam minggu bagi membantah undang-undang tersebut.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya seramai 233 orang telah didakwa dengan lese majeste sejak November 2021.

Sebelum ini, pendakwaan telah digantung secara tidak rasmi. Namun ia dilaksanakan semula selepas gerakan protes semakin kuat dan membuat kritikan terhadap sistem monarki.

Tuntutan untuk reformasi sistem beraja telah menjadi kontroversi. Kerana mengikut tradisi institusi beraja di negara itu dianggap tidak boleh disentuh dan dianggap salah satu asas utama nasionalisme Thai.

Sumber: CNA

The post Lelaki Dipenjara 2 Tahun, Jual Kalendar Satira Itik Kuning Didakwa Persenda Raja Thailand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*