Lelaki Ditemukan Maut Atas Pokok Dokong

lelaki maut pokok dokong

Lelaki Ditemukan Maut Atas Pokok Dokong

JERTIH, 5 Okt (Bernama) — Seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak semalam ditemukan maut, pada ketinggian kira-kira enam meter di atas pokok dokong di Kampung Dusun Beliku, Hulu Besut, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa Saari Ghani, 53, ditemukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 5 petang tadi, dan didapati telah meninggal dunia dipercayai akibat leher mangsa tersangkut di celah dahan pokok dokong.

“Lokasi kejadian kira-kira 200 meter di dalam kebun belakang rumah mangsa. Anggota bomba memanjat pokok itu dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM ) dan penduduk kampung, bagi menurunkan mangsa dari pokok tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata kira-kira pukul 9 pagi semalam, mangsa telah memberitahu isterinya Normah Siling, 53, bahawa dia hendak pergi memetik buah-buahan di kebun berkenaan, namun isteri mangsa mula berasa bimbang apabila mendapati beliau tidak pulang ke rumah, walaupun sehingga 7 malam.

“Setelah suaminya tidak pulang sehingga hari ini, Normah meminta saudaranya mencari mangsa pukul 10 pagi tadi. Namun tidak menemukan mangsa,” katanya.

Abdul Rozak berkata lagi, isteri mangsa kemudian membuat laporan polis dan susulan itu operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan membabitkan polis, JBPM, APM dan penduduk kampung.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati tidak berlaku sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dua Beradik Maut Motosikal Dinaiki Bertembung Kereta

The post Lelaki Ditemukan Maut Atas Pokok Dokong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*