Suami Nekad Botakkan Kepala, “Support” Isteri Tersayang Lawan Sakit Kanser

suami botakkan kepala

Suami Nekad Botakkan Kepala, “Support” Isteri Tersayang Lawan Sakit Kanser

Antara penyakit yang paling ditakuti ramai, bukan demam dan bukan juga cacar air, tetapi kanser, kerana boleh membawa maut dan membuatkan seseorang kehilangan orang tersayang dengan hanya sekelip mata.

Penyakit kanser ini tidak diundang, kadang-kadang seseorang boleh didiagnosis secara tiba-tiba, tanpa ada ribut atau angin ataupun sekelumit petunjuk yang menandakan kanser itu ‘ada’ dalam badan.

Mereka yang gembira pun boleh berubah personalitinya selepas menghidapi penyakit kanser, menjadi orang yang paling tidak dikenali kerana penyakit itu juga dalam diam ‘meragut’ diri.

Isteri terpaksa botakkan kepala sebab kanser

Baru-baru ini, satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki terpaksa membotakkan rambut isterinya yang tercinta kerana penyakit kanser telah meraih perhatian ramai hingga menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video @japan_clothing.co, ia memaparkan si suami yang berdiri mencukur rambut isterinya sambil mencium berkali-kali kepalanya menunjukkan tanda sayang.

Video berdurasi satu minit empat saat itu menunjukkan suami tidak dapat menahan rasa sebak melihat keadaan isterinya, yang terpaksa membotakkan kepala disebabkan penyakit yang dihidapinya.

Manakala, isterinya juga menitiskan air mata apabila suaminya mencukur kepalanya, hingga tiada sehelai rambut pun yang tinggal mengundang sebak warga maya.

Kredit: @japan_clothing.co/TikTok

Lebih memilukan, suami tersebut dengan rasa kasih dan sayangnya terhadap isteri juga membuat keputusan untuk membotakkan kepalanya menggunakan pencukur yang sama.

Isterinya yang dilihat terkejut dengan perbuatan suami itu tidak henti mengelap air matanya daripada membasahi pipi.

Tindakan suami itu merupakan tanda sokongan terhadap isterinya, membuktikan dia tidak keseorangan melalui fasa tersebut.

Mereka berdua akhirnya bergelumang dalam kancah kesedihan dan secara tidak langsung situasi tersebut menjadi memori teras dalam kehidupan masing-masing.

BACA: “Saya Telah Banyak Berkorban” Pandelela Rinong Sebak Raih Pingat Gangsa

“Semoga diberikan kesembuhan…”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya yang terkesan menyaksikan situasi tersebut turut mendoakan supaya wanita berkenaan dikurniakan kesembuhan yang cepat.

Netizen turut mengakui tindakan si suami untuk membotakkan kepala mengundang sebak kerana ia membuktikan lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk orang tersayang, dan ya lelaki seperti itu masih wujud.

Mereka turut berkongsi pengalaman yang sama di samping memberi semangat untuk tidak berputus asa.

“Aku meraung masa suami dia botakkan kepala. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” doa warga maya.

“Pejuang kanser hadir, semoga terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya,” ujar salah seorang netizen.

“Ya Allah angkatlah segala penyakitnya, engkau maha penyembuh. Amin,” doa warga maya lagi.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@japan_clothing.co

Cancer fighter !! All people luv u…. #cancer #cancerfighter #chemo

♬ original sound – MKM14 – MKM14

Sumber: @japan_clothing.co/TikTok

The post Suami Nekad Botakkan Kepala, “Support” Isteri Tersayang Lawan Sakit Kanser appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*