Lelaki Hilang Jari Selepas Nyalakan Bunga Api “Expired”

lelaki jari bunga api expired

Lelaki Hilang Jari Selepas Nyalakan Bunga Api Expired

Seorang lelaki di Indonesia menerima padah apabila bunga api yang sudah luput yang dinyalakannya meletup secara tiba-tiba.

Akibat kejadian itu, mangsa dilapor mengalami kecederaan parah dan kehilangan beberapa batang jari.

Menurut Detik, kejadian tragik tersebut berlaku dia daerah Merauke, Papua Selatan, malam 22 Disember.

Video kejadian berkenaan turut menjadi tular di media sosial.

Ketua Perhubungan Awam Polis, Asisten Komisioner Polis (AKP) Ahmad Nurung mengesahkan kejadian itu berlaku.

Beliau berkata, bunga api yang dinyalakan mangsa dipercayai sudah tamah tempoh.

Akibatnya, bunga api berkenaan tidak dapat menyala seperti biasa dan secara tiba-tiba bunga api yang dipegang itu meletup.

“Ada kesan pada nyalaan jika bunga api sudah luput tarikh. Kadang kala masih boleh dinyalakan, tetapi nyalaannya tidak teratur,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pihak hospital mengesahkan mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian tangan.

“Disebabkan bunga api tersebut di tangannya, letupan itu menyebabkan jari-jari mangsa terputus” jelas Ahmad Nurung lagi.

Memiliki potensi untuk membahayakan orang sekeliling, polis gesa bunga api ‘expired’ tidak dijual

Dalam pada itu, Ahmad Nurung menyeru peniaga agar tidak menjual produk bunga api yang sudah pun tamat tempoh.

Menurutnya, produk tersebut berbahaya terhadap pengguna dan juga orang sekeliling.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta orang ramai di Merauke agar lebih berwaspada ketika bermain bunga api.

Nasihat ini diberikan khususnya menjelang sambutan tahun baharu yang akan tiba tidak lama lagi.

“Semua orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menyalakan atau menggunakan bunga api.

“Lebih-lebih lagi, pada malam tahun baru nanti,” ujarnya.

BACA: Hilang Kerja? Anda Mungkin Layak Mohon SIP, Ada Enam Elaun

Sumber: Detik

The post Lelaki Hilang Jari Selepas Nyalakan Bunga Api “Expired” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*