Lelaki Ini Berkahwin Kali Ketiga, Dua Isteri Bahagia Sambut Madu

lelaki berkahwin kali ketiga

Baru-baru ini seorang lelaki di Indonesia membuktikan bahawa poligami itu sebenarnya indah apabila dia berkahwin buat kali ketiga.

Tidak dinafikan, poligami dalam rumah tangga adalah dibenarkan sekiranya semua syarat-syarat untuk berkahwin lebih daripada satu itu dipenuhi dan dilaksanakan dengan adil.

Namun, sekiranya perkara itu berlaku sebaliknya, anda perlu tahu bahawa tindakan tersebut sebenarnya dipercayai mengundang kepada kehancuran rumah tangga.

Situasi yang sama berlaku di negara kita baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu ‘berita panas’ yang melibatkan selebriti tempatan yang tiba-tiba membuat pengakuan bahawa dia telah berkahwin kali kedua.

Jika dilihat, memang sesuatu yang perit untuk si isteri tempuhi, namun anda jangan melihat kepada keburukannya sahaja, sebenarnya poligami yang mengikut syarat ini adalah perkara yang indah dalam bahtera rumah tangga.

Namun, perkongsian ini bukan mengesyorkan si suami untuk berpoligami, tetapi suami perlu tahu baik buruk sekiranya berkahwin dua, anda tidak mampu, jangan teruskan niat tersebut.

Dalam video yang tular baru-baru ini, kita dikejutkan dengan seorang lelaki yang berkahwin untuk kali ketiga dalam kejadian yang berlaku di Indonesia.

Melalui perkongsian daripada @mifth_makeup yang mendapat tontonan sebanyak 328,800 kali (setakat artikel ditulis) menyaksikan si suami didampingi isteri-isterinya semasa majlis perkahwinannya.

“Hanya wanita-wanita tertentu boleh di posisi ini,” tulisnya dalam video tersebut.

Video yang berdurasi 15 saat ini memperlihatkan isteri ketiga (isteri baharu) merangkul kedua-dua isteri suaminya itu yang hadir dengan mengenakan warna pakaian yang sama iaitu ungu.

Tambah Wolipip, pada ketika itu, isteri kedua suaminya dikatakan sedang mengandung.

Lelaki Kahwin Kali Ketiga
Kredit: Wolipop

Pertemuan yang tidak sengaja membawa ke perkahwinan

Isteri ketiga dikenali sebagai Alqia Zahra, 20 tahun mengatakan bahawa dia tidak sengaja bertemu dengan suaminya, malah kebetulan suaminya mengenali ayahnya menyebabkan perancangan untuk berkahwin dipermudahkan.

“Ya betul (poligami). Masa saya mula-mula jumpa pada 6 Disember 2022, tidak sengaja bertemu. Kebetulan suami kenal ayah saya. Mula-mula bergurau mahu jadikan saya isteri ketiga, tetapi dah jodoh nak buat macam mana,” katanya.

Tambahnya, majlis yang berlangsung di Curug, Tangerang Banten pada 18 Januari lalu itu berjalan dengan lancar dan difahamkan, kedua-dua madu (isteri-isteri suami) sangat terbuka dalam menerimanya.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja, semuanya penyabar. Walaupun isteri keduanya mengandung tetapi dia masih sabar. Mereka adalah orang yang hebat,” maklumnya.

Dalam masa yang sama, Alqia turut mengakui bahawa perkenalannya dengan suami adalah sangat singkat malah mereka merancang untuk berkahwin selepas pertemuan kali pertama.

Tidak hanya itu, Alqia turut mengakui bahawa keputusannya untuk berkahwin dan menjadi isteri ketiga telah menimbulkan konflik dalam keluarganya. Tetapi pada akhirnya, dia telah mendapat restu daripada kedua ibu bapanya.

“Ibu bapa tidak memaksa untuk berkahwin dengan suami, malah pada mulanya ada juga timbul konflik dalam keluarga disebabkan kejujuran, kedua ibu bapa saya merestui hubungan dan mendoakan rumah tangga kami. Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah,” jelasnya.

@mifth_makeup

Yg lg viral #poligami

♬ suara asli – Titomunandar – Titomunandar

 

Sumber: Wolipop

The post Lelaki Ini Berkahwin Kali Ketiga, Dua Isteri Bahagia Sambut Madu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*