Anggota Polis Ditemui Mati Dalam Bilik Air Stesen Minyak

Polis Ditemui Mati Dalam Bilik Air

Seorang kakitangan pembersihan di sebuah stesen minyak menjumpai mayat seorang anggota polis di dalam bilik air dalam kejadian yang berlaku di timur Rayong, Thailand, memetik laporan The Thaiger.

Lelaki berkenaan berumur 54 tahun merupakan timbalan inspektor di Balai Polis Mueng Rayong. Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan.

Siasatan awal mendapati tiada bukti jenayah yang ditemui sebaliknya mangsa hanya dijumpai dalam keadaan kepalanya yang tenggelam dalam besen bersebelahan tandas dan tiada kecederaan terlihat pada anggota badannya.

Memetik Thaiger, kunci kereta masih tersimpan di dalam poketnya malah kenderaan itu juga terparkir di stesen minyak tersebut.

Menurut saksi (anggota kakitangan pembersihan) melaporkan kepada pihak polis bahawa dia membersihkan bilik mandi sepanjang hari dan menyedari bahawa salah satu bilik air terkunci sejak beberapa hari yang lalu.

Disebabkan itu, saksi menyatakan bahawa dia telah mengetuk pintu namun tidak mendapat sebarang balasan menyebabkan dirinya terpaksa meminta pertolongan daripada seorang pekerja lelaki di situ.

Tanpa melengahkan masa, pekerja tersebut terus memanjat bilik air itu dan terkejut apabila menjumpai mayat mangsa yang berada dalam keadaan sebegitu.

Polis Ditemui Mati Dalam Bilik Air
Kredit: The Thaiger

Susulan itu, seorang pegawai polis  memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati mangsa tiba di stesen tersebut pada malam Selasa, 31 Januari kira-kira pada pukul 11:07 malam.

Melihat kepada rakaman CCTV tersebut, mangsa dilihat memarkir kereta dan terus menuju ke bilik air dan tidak memunculkan diri selepas itu.

Justeru, pihak berkuasa mengesyaki bahawa mangsa mungkin pitam secara tiba-tiba kerana kekurangan tidur atau keadaan kesihatan yang sedia ada.

Sehubungan itu, mayat mangsa akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Sementara rakannya di tempat kerja menyatakan sedih atas kepergiaannya tambahan lagi baru-baru ini mangsa baru sahaja dinaikkan pangkat daripada Sarjan Mejar Kanan kepada Leftenan Kecil Polis pada awal Januari tahun ini.

Bagaimanapun, tiada isu di tempat kerja mahupun masalah kesihatan yang dikhabarkan oleh rakan terdekat mangsa.

Sumber:The Thaiger

The post Anggota Polis Ditemui Mati Dalam Bilik Air Stesen Minyak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*