Lelaki Maut Digilis Tren LRT Selepas Dipercayai Terjatuh Ke Atas Landasan 

Lelaki Maut Digilis Tren LRT Selepas Terjatuh Ke Atas Landasan  KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki berumur 27 tahun maut akibat digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) selepas terjatuh ke atas

Lelaki Maut Digilis Tren LRT Selepas Dipercayai Terjatuh Ke Atas Landasan 

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) –– Seorang lelaki berumur 27 tahun maut akibat digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) selepas terjatuh ke atas landasan di stesen LRT Dato’ Keramat malam ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Fabell Md Yasin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren kebahagian belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu.

“Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam ini berkata susulan kejadian itu jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama.

Menurutnya perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan, telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian. Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kejadian itu, dan atas kelewatan tren malam ini,” menurut kenyataan itu.

BACA: Mikroplastik: Sampah Kini Jadi Sebahagian Daripada Tubuh Kita

Sumber: Bernama

The post Lelaki Maut Digilis Tren LRT Selepas Dipercayai Terjatuh Ke Atas Landasan  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*