Penampakan Objek Bercahaya Lintasi Langit Sabah & Sarawak Dipercayai Serpihan Angkasa 

objek bercahaya serpihan angkasa

Penampakan Objek Bercahaya Lintasi Langit Sabah & Sarawak Dipercayai Serpihan Angkasa

Baru-baru ini tular satu rakaman yang menunjukkan sebuah objek yang tidak dikenali melintasi ruang langit Malaysia.

Perkara itu menimbulkan tanda-tanya dan kegusaran orang awam mengenai status objek berkenaan.

Objek Tak Dikenali Lintasi Langit Borneo

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Dark Sky Malaysia (DSM) memaklumkan bahawa objek berkenaan adalah serpihan angkasa (debris).

Maklum DSM, pihaknya juga telah dihubungi oleh komuniti pencerap yang berada di sekitar Kuching, Sarawak dan orang awam di Kota Belud, Sabah pada 22 Julai lalu.

Mengulas lebih lanjut, pihaknya menerima pelbagai soalan yang diajukan berkait objek bercahaya itu.

Tambahan lagi, ia difahamkan melintasi ruang langit dalam tempoh yang agak lama.

Objek langit borneo

Perkara itu juga disahkan menerusi beberapa rakaman oleh stesen kamera meteor yang dipasang di beberapa lokasi sekitar Sabah.

“Ya, baru-baru ini pada 22 Julai pihak DSM telah dihubungi oleh komuniti pencerap Dark Sky Malaysia yang berada di Kuching, Sarawak dan orang awam di Kota Belud, Sabah yang terlihat objek yang bercahaya melintasi ruang langit dalam tempoh yang agak lama. Fireball? Meteor? Space Junk?

“Memandangkan terdapat stesen kamera meteor yang dipasang di beberapa tempat sekitar Sabah, keesokan harinya barulah dapat dilihat semula hasil data dan cerapan pada malam Sabtu.

“Hasilnya, terbukti objek yang melintasi ruang langit di Kuching dan Kota Belud itu adalah space debris iaitu rocket body yang dilancarkan dari negara China dengan melihat data dari laman web Aerospace,” maklum DSM dalam satu kenyataan.

Objek langit borneo

BACA JUGA: “Mulanya Sangka Ia Bunga Api,” Tular Objek Dipercayai Meteor Lintasi Langit Scotland & Ireland 

Pihaknya turut menjelaskan kepada orang ramai sekiranya melihat objek bercahaya melintasi ruang langit Malaysia boleh memaklumkan kepada DSM.

Penampakan Badan Roket Angkasa Debris 

Menerusi klip video stesen meteor di Putatan, Sabah mendedahkan beberapa serpihan dipercayai  badan roket tersebut.

Untuk makluman, roket itu telah dilancarkan pada 9 Julai lalu di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China.

Roket model 2023-095C (57318) itu dilancarkan bagi menjalankan misi YZ-1S R/B.

Ia diramal memasuki atmosfera bumi pada 22 Julai lalu, lapor Aerospace.

Sumber: Facebook Dark Sky Malaysia, Facebook Daknam Al-Ahmadi

The post Penampakan Objek Bercahaya Lintasi Langit Sabah & Sarawak Dipercayai Serpihan Angkasa  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*