Lelaki Maut, Kaki Putus Dibaham Buaya Ketika Memetik Kangkung

Kaki Putus Dibaham Buaya

Lelaki Maut, Kaki Putus Dibaham Buaya Ketika Memetik Kangkung

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas menjadi mangsa baham seekor buaya sepanjang tiga meter di Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat Indonesia, lapor Detik.com

Buaya itu dikatakan telah menyerang lelaki berusia 45 tahun itu ketika dia sedang memetik kangkung di parit sebuah ladang kelapa sawit.

Insiden itu berlaku di parit kebun kelapa sawit di Desa Salupangkang, Mateng pada 23 September lalu kira-kira pukul 16.40 WITA.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan pada awalnya telah keluar rumah dan pergi ke ladang kelapa sawit untuk memetik kangkung.

“Mangsa diserang buaya ketika sedang mencari kangkung untuk memberi makan ternakannya,” kata Koordinator Pusat Data dan Informasi BPBD Mateng, Rezky Ilhamsyah.

Selepas beberapa ketika mangsa pergi, penduduk kemudiannya menemui motosikal mangsa dan penduduk juga menemui kasut mangsa terapung di dalam air.

Lantas penduduk mengesyaki bahawa mangsa mungkin telah diserang oleh buaya di parit tersebut.

“Kemudian ada penduduk lain yang turut lalu di tempat kejadian dan bertemu mangsa. Kemudian kedua-dua saksi mencari mangsa dan kemudian mereka ternampak mangsa di dalam air sambil diseret buaya,” kata Rezky lagi.

Seterusnya, dua saksi tadi telah memanggil penduduk kampung untuk membantu mangsa daripada dibawa buaya itu.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan dikeluarkan kerana kecederaan lutut yang hampir putus.

Mayat mangsa telah dibawa ke rumah pengebumian menggunakan ambulans bagi proses pengebumian.

“Mangsa meninggal dunia dengan kesan koyakan pada lutut yang hampir putus. Atas permintaan keluarga, mangsa segera di bawa pulang,” tambah Rezky lagi.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Haiwan pemangsa ganas itu akhirnya telah ditangkap oleh penduduk yang marah lalu membunuh dengan cara menetak menggunakan parang sehingga mati.

“Segera ditetak orang ramai. Saiz buaya lebih kurang 3 meter,” akhiri Rezky.

Menurut Rezki, penduduk yang marah telah bertindak menikam buaya itu menggunakan lembing.

Kemudian buaya itu ditarik ke darat oleh penduduk lalu menetak leher buaya itu menggunakan parang sehingga putus.

Sumber: Detik.com

The post Lelaki Maut, Kaki Putus Dibaham Buaya Ketika Memetik Kangkung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*