fbpx

Saloma Guna Bahasa Melayu Baku Bikin Ramai Teruja

Saloma Menggunakan Bahasa Melayu

Saloma Guna Bahasa Melayu Baku Bikin Ramai Teruja

Allahyarham Tan Sri P Ramlee adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.

Tidak dinafikan beliau mempunyai pelbagai bakat seperti menyanyi, berlakon, menjadi seorang pengarah, pemuzik dan penulis lagu Malaysia hingga membuatkan orang ramai kagum dengan kehidupannya.

Bakat dan kredibiliti pengarahan yang ada pada P.Ramlee telah membuka mata banyak pihak sehingga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa pada era 1950-an dan 1960-an.
Walaupun pada zaman dulu kekurangan alat teknologi namun, seniman P.Ramlee tetap berjaya menghasilkan filem-filem hebat.

Manakala, pasangan hidup P.Ramlee, Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail atau dikenali sebagai Saloma merupakan anak seni sejati yang mengabadikan diri kepada dunia seni sepanjang hayat.

Beliau merupakan seorang penyanyi dan bintang filem yang popular sekitar tahun 1950-an hingga awal 1980-an.

Pasangan merpati dua sejoli ini mencipta pelbagai nostalgia sehinggakan filem mereka masih ditonton dan lagu masih didendangkan selain diingati sehingga kini.

Video arwah Saloma berbahasa melayu baku tular

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman arwah Saloma yang ditemu bual oleh wartawan tentang rutin hariannya bersama suami, P. Ramlee.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok (@sweett0901), penyanyi tersebut menceritakan bagaimana suaminya mendapat ilham membuat skrip filem.

Beliau turut menjelaskan suaminya sangat gemar makan ikan kering dan ia merupakan hidangan wajib untuk dihidang setiap kali mereka menjamu selera.

BACA: P. Ramlee Suka Berkelah Di Sungai Kemensah Semasa ‘Shooting’ Do Re Mi

Walau bagaimanapun, apa yang meraihkan perhatian warga maya adalah penggunaan bahasa Melayu arwah yang ketika itu sangat baku hingga menimbulkan keterujaan dalam kalangan penonton kerana seronok mendengarnya.

“Dia kalau nak bikin lagu, dia tak kira masa. Dia kalau siang malam pagi petang, kadang dekat bilik mandi itu kan, dia duduk berjam-jam, dia duduk fikir-fikir sampai saya naik tangguh.

“Tapi mula-mula dulu saya pelik. Baru-baru kahwin tak reti lah, tapi dah lama-lama rupanya dia karang lagulah buat skrip lah,” katanya dalam video tersebut,” katanya.

Rata-rata warga maya yang meninggalkan komen di platform X meluahkan rasa kagum dan segelintir mereka juga berkata bahasa Melayu baku itu sering didengarkan dalam perbualan datuk dan nenek.

“Orang tua-tua melayu Singapura berbual bahasa melayu macam ini sehingga sekarang. Kalau dengar hos radio melayu Singapura, mereka berbual sama seperti ini.

“Walaupun dekat Johor Bahru (sebab saya orang Johor Bahru) pun ada juga golongan orang tua-tua yang masih berbual begini,” kata seorang netizen.

Orang Melayu Singapura masih lagi menggunakan “bikin”. Classic sungguh” kata seorang lagi warga maya.

@sweett0901

Al-fatihah buat kedua2 arwah saloma&p.ramlee…#pramlee #saloma #pramleesaloma #terding #fypシ゚viral #fypシ #fyp #fyp #fyp #fypdonggggggg

♬ original sound – sweet – sweet

Sumber: @sweett0901, researchgate

The post Saloma Guna Bahasa Melayu Baku Bikin Ramai Teruja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*