Lelaki Maut Selepas Selamatkan Jiran Terperangkap Dalam Kebakaran

lelaki maut selamatkan jiran

Lelaki Maut Selepas Selamatkan Jiran Terperangkap Dalam Kebakaran

LABUAN, 24 Jan (Bernama) — Tindakan berani seorang lelaki menyelamatkan jirannya yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Merinding di sini awal pagi tadi, mengundang hiba apabila dia meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.

Gillian Donald, 41, sempat menyelamatkan tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak dan seorang warga emas dengan menggunakan tangga sebelum dirinya rebah.

Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata Donald dipercayai terhidu asap berlebihan ketika berusaha membawa keluar jirannya itu daripada api yang marak.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Labuan dua jam selepas kejadian,” katanya hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari tempat letak kereta di garaj rumah terbabit dan merebak ke dalam rumah ketika penghuninya sedang nyenyak tidur pada 4 pagi.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan menerima panggilan pada 4.06 pagi, lalu mengerahkan jentera dan pasukan ke lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Maut Selepas Selamatkan Jiran Terperangkap Dalam Kebakaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*