Penjawat Awam Tetap Baharu Tidak Berpencen – TPM

penjawat awam tidak berpencen

Penjawat Awam Tetap Baharu Tidak Berpencen – TPM

Pengambilan perjawatan baharu penjawat awam untuk akan datang adalah jawatan tetap tidak berpencen termasuklah bagi pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, lapor Bernama.

Jelasnya, semua kementerian, jabatan dan agensi serta sektor swasta digalakkan wujud pasukan sukarelawan pertahanan awam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pengamal media akan diberi peluang menyertai sukarelawan APM sebagai usaha memberi nilai tambah dalam pengendalian bencana dan pelaporan berita khususnya di lokasi kejadian.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat itu berkata beliau akan bertemu ketua pegawai eksekutif dan ketua pengarang media cetak serta elektronik bagi membincangkan keputusan memasukkan pengamal media sebagai sukarelawan APM.

“Kursus jangka pendek disediakan untuk para wartawan (sertai sukarelawan APM). Di lokasi bencana mereka boleh datang sebagai wartawan dan beruniform.

Ia beri optik baik kepada mangsa dan khalayak. (Wartawan) pakai dua topi iaitu profesional sebagai petugas media dan juga sukarelawan APM,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat APM di Sungai Merab di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata perkara berkenaan juga akan dilaksanakan untuk kumpulan penggiat seni serta pegawai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam Adalah Sementara – JPA

The post Penjawat Awam Tetap Baharu Tidak Berpencen – TPM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*