Lelaki Mengaku Bunuh, Tanam Anak Sendiri Dalam Simen Ditahan Polis

bunuh anak tanam simen

Lelaki Mengaku Bunuh, Tanam Anak Sendiri Dalam Simen Ditahan Polis

Seorang bapa yang ditahan kerana bersubahat dengan isterinya dalam pembunuhan anak perempuannya berusia dua tahun, turut mengaku membunuh empat anak lelakinya antara 2013 dan 2018.

Lapor Bangkok Post, lelaki tersebut mempunyai 10 orang anak menerusi perkahwinannya bersama isteri di mana, anak sulungnya berumur 22 tahun.

Komander Biro Polis Metropolitan bahagian 2, Pol Mej Jen Atthaphol Anusit berkata perbuatan dapat diketahui selepas saksi memaklumkan kepada pihaknya mengenai keganasan rumah tangga yang kerap berlaku dalam keluarga suspek.

Penangkapan pasangan itu dibuat pada 10 September lalu, selepas pempengaruh media sosial Kanthat Pongpaiboonvej melaporkan pada polis susulan mengesyaki terdapat kejadian penderaan kanak-kanak di sebuah pangsapuri yang terletak di daerah Bang Khen.

Pasangan tersebut ditangkap ketika mengeluarkan wang tunai di sebuah pusat membeli-belah dan turut dirampas juga sebuah kereta jenis Honda Jazz selepas disyaki menjadi pengangkutan yang membawa mayat mangsa.

Untuk mengelakkan rasa curiga orang ramai, pasangan itu memaklumkan kepada jiran mereka bahawa anaknya yang berusia dua tahun telah dihantar tinggal bersama datuknya di wilayah lain.

Dalam pada itu, dua anak perempuan suspek yang diselamatkan memberitahu kepada polis bahawa ibu bapa mereka telah menyebabkan kematian ke atas adik bongsu mereka.

Sementara itu bekas isterinya yang ketiga berkata bekas suaminya telah membunuh empat anak lelakinya, dan dua daripada mayat telah dibuang ke kawasan Bang Sue pada 2013 dan 2014.

Manakala, dua lagi mayat didakwa dilupuskan di kawasan Sai mai.

BACA: “Bapa Suruh Saya Serah Diri,” Gadis 10 Tahun Mengaku Bersalah Lepas Ditangkap Curi Duit

Ketika disoal siasat di balai polis, lelaki tersebut terus menangis dan mengakui telah membunuh anak perempuannya pada Mei lalu.

Dia turut mendakwa bahawa penyakit mental mendorongnya untuk membunuh gadis tersebut.

Difahamkan, lelaki berusia 46 tahun itu bersama isterinya, berasal dari Kamphaeng Phet, sebuah perkampungan di utara wilayah tengah Thailand dan telah ditangkap di Pathum Thani.

Pasangan tersebut kemudiannya telah dibawa semula ke tempat asal untuk menunjukkan lokasi mereka menanam anak perempuanya.

Polis menemui mayat kanak-kanak perempuan itu tertimbus dan ditutup dengan simen di rumah ibunya di Kamphaeng Phet.

Lelaki itu meluahkan rasa kesal dan berasa bersalah atas perbuatannya itu dan ingin memohon maaf terhadap kesilapannya.

Sumber: Bangkok Post

The post Lelaki Mengaku Bunuh, Tanam Anak Sendiri Dalam Simen Ditahan Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*