Muslim Pro Derma 50% Hasil Langganan Kepada Tabung Bantuan Kanak-kanak Palestin

Muslim Pro Menderma 50% daripada Hasil Langganan kepada Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin (PCRF) Sempena Kempen Lebih Besar dan Lebih Baik pada Ramadan Ini

Kuala Lumpur, 5 April 2023 – Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia dengan lebih 145 juta muat turun, telah berjanji untuk mendermakan 50% daripada jumlah hasil langganan Premium global kepada Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin (PCRF). Hasilnya akan disalurkan kepada bantuan kemanusiaan dan inisiatif di Palestin, termasuk Projek Amputee Gaza, Program Rawatan Luar Negara dan Program Jantung Pediatrik.

Fara Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Muslim Pro, menekankan kepentingan memberi kembali kepada mereka yang memerlukan sepanjang Ramadan. “Ketika kita menjalani bulan yang suci penuh keberkatan ini di dalam rumah kita yang selesa, ingatlah mereka yang tidak berkemampuan dan kongsi rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.

Di Muslim Pro, kami percaya kami harus menggunakan platform kami sebaiknya dengan memberi manfaat kepada manusia sejagat, itulah sebabnya kami berbangga untuk bekerjasama dengan PCRF untuk menyokong misi penting mereka dalam menyediakan penjagaan kritikal untuk kanak-kanak Palestin.

Di samping itu, kami ingin memberi peluang kepada pengguna kami untuk membuat sumbangan yang bermakna sambil merasai pengalaman terbaik daripada aplikasi pada Ramadan ini, di mana setiap amalan baik yang dilakukan akan dilipatgandakan pahalanya.”

Steve Sosebee, pengasas PCRF, melahirkan rasa terima kasih atas kerjasama ini, berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Muslim Pro untuk inisiatif bermakna ini. Kerjasama ini adalah bukti kuasa teknologi dan keupayaannya untuk membawa orang ramai bersama-sama untuk melakukan perubahan. Dengan sokongan Muslim Pro, kami boleh terus menyediakan rawatan perubatan kritikal kepada kanak-kanak yang memerlukan di Palestin.”

Harga Tahunan

Promosi Harga Tahunan
RM49.90
RM39.90

Dengan langganan premium Muslim Pro, pengguna di Malaysia boleh menikmati pengalaman bebas iklan bagi semua ciri dalam aplikasi Muslim Pro, termasuk Qalbox, perkhidmatan penstriman hiburan mesra Muslim. Barisan kandungan baharu di Qalbox untuk Ramadan 2023 merangkumi beberapa kandungan Islamik dan gaya hidup seperti Tadarus Al Quran: 30 Juz untuk 30 Hari, Asmaul Husna: 99 Nama Allah, Makanan dari Hati, Sahur Mudah dan Hadis Hari Ini.

Qalbox juga menampilkan kandungan berlesen seperti Omar, Bilal: A New Breed of Hero, dan Sultan & The Khan, dan lebih banyak kandungan yang akan dikeluarkan sepanjang bulan Ramadan. Beberapa siri rancangan akan diterbitkan oleh qari terkenal Malaysia dan kandungan berlesen popular lain. Butiran lanjut mengenai program memperkasa ini boleh didapati di Lampiran.

Nik Emir Din, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama di Bitsmedia berkata, “Apabila kita memasuki bulan Ramadan yang mulia, kami komited untuk menyediakan platform yang terbaik buat pengguna untuk membantu mereka mempertingkatkan ibadah seharian mereka. Dengan Qalbox, kami berharap ianya dapat menyatukan keluarga dan rakan-rakan melalui jalan penceritaannya yang kaya dengan pelbagai kandungan menarik.

“Kami turut berharap ianya akan dapat memeriahkan lagi Ramadan dengan kandungan Islamik yang dapat memperkasa dan memperkaya umat Islam dengan rancangan Qalbox yang asli dan pelbagai kandungan berfokuskan Ramadan. Melalui promosi istimewa kami, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai pengguna menyertai komuniti kami dan menikmati faedah ciri premium Muslim Pro.”

Aplikasi ini berikrar untuk menjadi teman digital anda pada Ramadan ini dengan pelbagai ciri yang komprehensif ditawarkan dalam langganan premiumnya yang dapat meningkatkan ibadah anda termasuk:

  • Nikmati aplikasi Muslim Pro tanpa iklan
  • Penstriman tanpa had bagi filem Muslim, siri TV, dokumentari, program kanak-kanak dan banyak lagi.
  • Boleh memuat turun audio bacaan Al-Quran (mendengar di luar talian)
  • Pemilihan suara azan global seperti Yusuf Islam dari United Kingdom dan Muzammil Hasballah dari Indonesia.
  • Pemilihan qari Al-Quran yang popular termasuk Mishary Rashid Alafasy dan Abdul Basid ‘Abd us-Samad
  • Mengakses banyak kandungan dalam bahagian ‘Inspirasi’ (artikel, hadis, petikan maklumat grafik, dll.)
  • Memilih tema warna yang berbeza untuk aplikasi
  • Waktu solat dalam widget

Pengguna boleh menyemak imbas dan menikmati katalog kandungan tanpa iklan Qalbox melalui aplikasi Muslim Pro (tersedia di Apple App Store dan Google Play Store), aplikasi laman sesawang, tab, Chromecast dan tidak lama lagi di Samsung Tizen TV, Android dan tvOS Apple TV.

The post Muslim Pro Derma 50% Hasil Langganan Kepada Tabung Bantuan Kanak-kanak Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*