Lelaki Nekad Fail Saman, ‘Telur’ Terpaksa Dibuang Akibat Dipukul Polis

Telur' Terpaksa Dibuang

Lelaki Nekad Fail Saman, ‘Telur’ Terpaksa Dibuang Akibat Dipukul Polis

Doktor terpaksa membuang buah zakar seorang lelaki muda yang dipukul oleh pegawai polis di pangkal pahanya ketika menyertai demonstrasi di Paris minggu lalu, menurut peguam lelaki itu.

Imej dan rakaman dari demonstrasi pada Khamis lalu yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang anggota polis bertindak memukul seorang lelaki yang terjatuh di atas jalan pada bahagian pangkal pahanya sebelum beredar.

Insiden itu berlaku semasa rusuhan bertukar ganas pada perarakan aman yang dihadiri oleh puluhan ribu orang yang menentang rancangan kerajaan untuk menaikkan umur persaraan.

Kira-kira hampir 1 juta orang dilaporkan telah berarak di bandar-bandar di seluruh Perancis pada hari Khamis lalu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai jurutera itu berkata, dia telah dihempap ke atas jalan oleh seorang pegawai ketika mengambil gambar semasa konfrontasi antara penunjuk perasaan dan polis. Kemudian seorang pegawai lagi telah bertindak memukulnya di bahagian pangkal pahanya.

Peguam mangsa, Lucie Simon berkata, dia telah memfailkan aduan bagi pihak anak guamnya kerana “keganasan sukarela yang membawa kepada kecacatan oleh seorang penjawat awam”.

“Ia adalah pukulan yang kuat sehingga buah zakarnya terpaksa dipotong. Ini bukan kes mempertahankan diri atau keperluan. Buktinya adalah berdasarkan dalam imej dan fakta yang kami ada.” kata Lucie Simon.

Ketua Polis Paris, Laurent Nunez mengarahkan siasatan mengenai keadaan sebenar kejadian itu selepas kemarahan rakyat meningkat terhadap kes yang dianggap kekerasan daripada Polis Perancis.

Lelaki itu memberitahu akhbar Liberation, tindakannya untuk menyaman adalah “supaya keganasan ini berhenti, kerana saya bukan orang pertama yang dikenakan tindakan ganas oleh polis itu.”

Kementerian Dalam Negeri negara tersebut berkata, seramai 80,000 orang telah berarak di Paris pada Khamis, sebagai sebahagian daripada bantahan di seluruh negara terhadap rancangan Presiden Emmanuel Macron yang mahu melanjutkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun.

Sumber: The Guardian

The post Lelaki Nekad Fail Saman, ‘Telur’ Terpaksa Dibuang Akibat Dipukul Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*