Viral Pekerja Mop Ketuhar, 7-Eleven Mohon Maaf

pekerja 7-eleven mop ketuhar

Pihak 7-Eleven Malaysia membuat permohonan maaf ekoran tindakan salah seorang pekerja mereka yang didakwa gagal mematuhi protokol kebersihan dalam isu yang tular baru-baru ini.

Sebelum ini, tular satu hantaran yang menyaksikan seorang pekerja 7-Eleven dipercayai membersihkan ketuhar yang digunakan untuk memanaskan makanan dengan menggunakan mop lantai.

Berikutan itu, pihak 7-Eleven Malaysia tampil memohon maaf secara terbuka menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi sebentar tadi.

“Pihak kami di 7-Eleven Malaysia ingin memohon maaf atas tindakan salah seorang pekerja kami yang gagal mematuhi protokol kebersihan.

“Ini adalah pelanggaran yang jelas dan tidak menggambarkan standard tinggi seperti yang kami usahakan untuk dikekalkan di semua kedai kami.

“Kami faham mengenai kepentingan untuk mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat untuk pelanggan kami dan kami memberi jaminan kepada anda bahawa tindakan segera telah diambil untuk memastikan ia tidak akan berulang lagi.

“Kami kesal atas sebarang kesulitan atau kebimbangan yang timbul,” maklum kenyataan itu hari ini.

 

 

Sumber: 7-Eleven Malaysia

The post Viral Pekerja Mop Ketuhar, 7-Eleven Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*