Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

lelaki parah dipijak gajah

Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

IPOH, 12 April (Bernama) — Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak Yusoff Shariff berkata mangsa berusia 55 tahun dari Bersia, di sini mengalami patah kaki dan tulang rusuk dalam kejadian kira-kira 7 malam itu.

Beliau berkata mangsa diserang gajah ketika berhenti di lokasi berkenaan untuk membuang air.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yusoff berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak berhenti di tepi laluan JRTB kerana kawasan sekitar yang berhutan dan gelap pada waktu malam.

“Orang ramai perlu mengambil perhatian papan tanda yang telah diletakkan memaklumkan kawasan di sekitar berkenaan merupakan tempat berkeliaran dan lintasan gajah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*