Lelaki rempuh gerai makan angkara tertekan pedal minyak

SEBERANG PERAI – Gara-gara tersalah menekan pedal minyak yang disangka brek, seorang kakitangan sebuah klinik kesihatan nyaris cedera selepas kereta yang dipandunya terlanggar tiang lalu merempuh sebuah kedai makan di Jalan Besar, Nibong Tebal, di sini semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi itu ketika pemandu lelaki berusia 57 tahun tersebut dikatakan mahu membeli makanan di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Lee Chong Chern berkata, pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan namun kereta miliknya jenis Honda Jazz rosak di bahagian hadapan.

Menurutnya, hasil rakaman percakapan daripada pengadu yang juga pemandu kereta tersebut mendapati yang dia sebelum itu berhenti di hadapan kedai makan berkenaan.

“Bagaimanapun, pengadu mendakwa dia secara tiba-tiba terkena mini strok dan kakinya menjadi kebas.

“Pengadu kemudian secara tidak sengaja tertekan pedal minyak lialu terlanggar bahagian hadapan kedai makan itu yang turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan akibat kemalangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki rempuh gerai makan angkara tertekan pedal minyak appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*