Barcelona gah takluk puncak La Liga

BARCELONA – Kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid melon­jakkan Barcelona ke puncak carta La Liga dan pengendalinya, Xavi menyifatkan ia sebagai tiga mata penuh makna untuk mengembalikan pasukan itu sebagai pencabar kejuaraan.

Ousmane Dembele muncul wira buat The Catalans dan keputusan itu pastinya memberi keyakinan luar biasa, sekurang-kurangnya mengekalkan ke­lebihan tiga mata dengan Real Madrid yang tewas mengejut 1-2 kepada Villarreal.

Xavi juga cukup sedar pen­tingnya kemenangan ini dan kejayaan menewaskan Atletico itu lebih daripada sekadar meraih tiga mata.

“Sudah pasti ia tidak hanya sekadar kemenangan dan tiga mata. Ia akan beri suntikan moral dan keyakinan untuk hadapi baki saingan selepas ini.

“Kami mampu menang dalam keadaan sukar seperti ini. Penderitaan sebelum ini memboleh­kan kami tampil lebih baik untuk mendapatkan tiga mata berharga dan kini menjadi calon juara.

“Selain itu, kami juga tahu betapa pentingnya untuk menamatkan perlawanan ini tanpa bolos,” katanya.

Di sebalik kejayaan Barcelona, perlawanan itu turut dicemari dua layangan kad merah, ma­sing-masing kepada Stefan Savic (Atletico Madrid) dan Ferran Torres.

Sementara itu, ketua pasukan, Sergio Busquets turut senada dengan apa yang diperkatakan Xavi dan melabel kemenangan kali ini sebagai petanda positif buat Barcelona. – AGENSI

The post Barcelona gah takluk puncak La Liga appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*