Lelaki Tempatan Ditemui Mati Di Sebuah Hotel Di Genting Highlands

Lelaki mati hotel genting highlands

Lelaki Tempatan Ditemui Mati Di Sebuah Hotel Di Genting Highlands

Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong memaklumkan seorang lelaki warganegara tempatan telah ditemui mati di sebuah hotel di genting Highlands, Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis telah menerima laporan berkenaan kes tersebut pada pagi semalam.

Menurutnya, lelaki berusia 51 tahun itu ditemui mati di dalam sebuah bilik di hotel tersebut lebih kurang pukul 9 pagi.

Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menjalani proses bedah siasat.

Pihak polis telah menahan seorang warga asing, dipercayai suspek untuk bantu siasatan

Susulan itu, pihak polis telah bertindak dengan menahan seorang warga asing yang dipercayai terlibat dengan kes berkenaan untuk membantu siasatan.

“Berikutan dari kejadian tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 45 tahun di lokasi kejadian pada hari yang sama.

“Kes disiasat di bawah Sekesyen 302 Kanun Keseksaan,” jelas Zaiham.

Tambahnya, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula dari hari ini (23 Disember) , sehingga Jumaat depan (29 Disember).

Pada masa yang sama, Zaiham turut menyeru kerjasama dari orang ramai untuk tampil membantu siasatan.

“Mohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan tersebut untuk tampil bagi membantu sisatan,” katanya lagi.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan (DCC) IPD Bentong pada talian 09-2222222 atau lapor kepada mana-mana balai polis berdekatan.

Pada masa yang sama, orang ramai diseru untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi sepanjang siasatan kes ini dijalankan.

“Pihak polis juga mohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulas, memandangkan kes masih dalam siasatan.”

BACA: Ramai Tak Tahu Russell Taylors Rupanya Jenama Malaysia

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong via Facebook

The post Lelaki Tempatan Ditemui Mati Di Sebuah Hotel Di Genting Highlands appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*