Lima Pejalan Kaki Terbunuh Dirempuh Pemandu BMW Dipercayai Mengamuk

Dirempuh Pemandu BMW Dipercayai Mengamuk

Lima Pejalan Kaki Terbunuh Dirempuh Pemandu BMW Dipercayai Mengamuk

Seorang lelaki yang memandu kereta BMW di Guangzhou, China ditahan kerana membunuh sekurang-kurangnya lima pejalan kaki dan mencederakan 13 yang lain, lapor Mothership.

Pemandu yang berusia 22 tahun itu dilaporkan merempuh pejalan kaki mengunakan SUV BMW berwarna hitam miliknya ke arah pejalan kaki di simpang empat Tiyu East Road dan Tianhe Road di Guangzhou.

Kredit Mothership

Menurut kenyataan polis, kejadian itu berlaku pada waktu sibuk sekitar jam 5.25 petang pada 11 Januari lalu.

Saksi melaporkan bahawa pemandu itu “sengaja” dan “berniat jahat” memandu secara melulu ke arah pejalan kaki yang sedang menunggu di lintasan garisan zebra.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Tambahnya, pemandu itu sempat berhenti seketika dan membuat pusingan U lalu sebelum memandu ke arah pejalan kaki yang keliru termasuk seorang pegawai polis trafik.

Berdasarkan beberapa rakaman video kejadian, pemandu itu dilihat memberhentikan keretanya di tepi jalan dan keluar dari kenderaan sambil melemparkan wang kertas 100 yuan (RM 64) ke udara.

Sewaktu pemandu tersebut berbuat demikian, seorang pegawai polis trafik yang terkial-kial meluru ke arah lelaki tersebut dari belakang manakala seorang lagi menghampirinya dari arah tepi.

Menyedari kehadiran pegawai kedua, lelaki itu bertindak cuba melarikan diri sambil seorang lagi pegawai mengejarnya.

Lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan oleh orang ramai, sebelum pihak berkuasa mengambil alih dan menangkapnya.

Pasukan perubatan dikerahkan segera ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian amukan berkenaan.

Seorang saksi berkata, lokasi kejadian masih lagi dipenuhi dengan ambulans dan polis trafik bagi memberikan rawatan setelah sejam kejadian itu berlaku.

Gambar kejadian bertebaran di media sosial menunjukkan seorang wanita dalam keadaan tertiarap, seorang lagi lelaki merangkak ke arah pejalan kaki lain yang telah dilanggar. Kasut dan barangan mangsa yang terlibat dilihat berselerakan di atas jalan.

Kredit Mothership

Sekurang-kurangnya lima pejalan kaki terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam kejadian amukan lelaki terbabit. Pihak berkuasa Guangzhou dilaporkan masih lagi menjalankan siasatan ekoran kejadian tersebut.

Sumber: Mothership

The post Lima Pejalan Kaki Terbunuh Dirempuh Pemandu BMW Dipercayai Mengamuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*