Lelaki Temukan Anak Ular Tedung Dalam Helmet

ular dalam helmet

Lelaki Temukan Anak Ular Tedung Dalam Helmet

Baru-baru ini, tular di media sosial saatu video yang memaparkan seorang lelaki di India dikejutkan dengan penemuan anak seekor ular tedung yang bersembunyi di dalam helmetnya dalam kejadian yang berlaku di Kerala.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram, @snake_hunter_mallu ia memaparkan sebuah helmet telah diletakkan di atas lantai dan tidak dinafikan pada awalnya ia berada dalam keadaan normal.

Bagaimanapun, apabila seorang lelaki membelek menggunakan sebatang besi dengan membuka bahagian tepi di dalam helmet tersebut, anak ular tedung itu terus muncul menunjukkan dirinya.

Ketika kejadian, lelaki tersebut dengan berhati-hati mengeluarkan anak ular tedung itu menggunakan batang besi tersebut.

Dengan perlahan, dia cuba mengangkat uular itu keluar daripada helmet itu namun ular itu berjaya meloloskan diri kerana ia terlalu kecil.

Ketika video itu dirakamkan, anak ular tedung itu tidak kelihatan agresif walaupun ia sedang cuba melarikan diri.

Apabila meninjau di ruangan komen, terdapat sebuah komen yang menyatakan bahawa dalam video tersebut, lelaki itu sudah menyatakan bahawa pekerjanya telah ternampak seekor ular menyelinap masuk ke dalam helmetnya itu.

Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut meninggalkan komen yang sama iaitu ketakuran baru ditemui.

Hal ini kerana ular tersebut memilih untuk bersembunyi di dalam topi keledar yang merupakan alat perlindungan yang sering dipakai para penunggang motosikal.

Sungguhpun keadaan itu agak mencemaskan, tetapi situasi itu berjaya dikawal dengan tenang, lebih-lebih lagi apabila ular itu tidak kelihatan agresif.

Setakat penulisan ini, video pendek tersebut telah mendapat 649, 748 tanda suka dan jumlah tontonan melebihi 48 juta.

BACA JUGA: Kenali Jenis Ular Paling Berbahaya Di Dunia

Sebelum ini dalam kejadian yang sama di India, terdapat seorang lelaki yang telah menemui seekor ular tedung dewasa yang duduk di bawah helmet miliknya itu.

Kejadian itu turut dirakamkan dan ia telah dimuat naik di Instagram menerusi akauan @d_shrestha10 di mana ia memaparkan penampakkan seekor ular tedung yang mendesis apabila seseorang mendekatinya.

Video itu telah dikongsikan pada 1 November 2023 dan telah meraih 4.2 ribu tontonan serta 43,000 tanda suka pada ketika itu, lapor NDTV.

Sumber: @snake_hunter_mallu via Instagram, NDTV World

The post Lelaki Temukan Anak Ular Tedung Dalam Helmet appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*