LIMA’23: Perkhidmatan feri Langkawi diberi perhatian

KUALA LUMPUR – Isu perkhidmatan feri di Langkawi, Kedah diberi perhatian oleh Kementerian Pengangkutan susulan penganjuran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan meningkatkan lagi jumlah pengunjung ke situ.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan kelancaran LIMA’23 sekali gus memudahkan pengunjung ke pameran antarabangsa tersebut yang berlangsung bermula 23 hingga 27 Mei depan.

“Sehubungan itu, kita sudah mengarahkan Jabatan Laut bersama pengendali feri untuk melihat isu tersebut termasuk meningkatkan kapasiti bagi menampung jumlah pengunjung sewaktu LIMA’23.

“Dari segi kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia menjadi satu isu memandangkan lokasi itu sudah dinaik taraf sejak penganjuran LIMA sebelum ini. Ini bukan kali pertama Langkawi sebagai tuan rumah LIMA.

“Justeru, kita yakin dapat menampung jumlah pengunjung dari pelbagai sudut pengangkutan termasuk teksi, e-hailing dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan LIMA’23 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post LIMA’23: Perkhidmatan feri Langkawi diberi perhatian appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*