Tiga Anggota Bersenjata Palestin Maut Ditembak Askar Israel

anggota palestin ditembak israel

Tiga Anggota Bersenjata Palestin Maut Ditembak Askar Israel

TIMUR TENGAH — Tiga anggota bersenjata Palestin maut selepas ditembak askar Israel dalam satu kejadian di persimpangan Jit di barat Nablus hari ini.

Menurut laporan ketenteraan, kejadian tercetus apabila tentera Israel melepaskan tembakan di lokasi berkenaan hingga mencetuskan ‘hujan peluru’ daripada kedua-dua pihak.

“Tiga lelaki bersenjata (Palestin) telah terkorban dalam insiden tembak-menembak itu. Manakala seorang lagi menyerah diri kepada pasukan berkenaan,” maklum laporan.

Sementara itu, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan berlaku terhadap askar Israel dalam pertempuran tersebut.

Tiga senapang jenis M-16 dan pistol yang digunakan oleh rakyat Palestin telah dirampas. Rampasan itu dibuat oleh anggota unit peninjau infantri elit Golani Israel.

BACA JUGA: Didakwa Baru Lepas “Break”, Lelaki Nekad Tembak Bekas Kekasih Tiga Kali Dalam Tadika

Tambahan lagi, seorang lelaki dari pergerakan Islam Palestin Hamas ditembak mati selepas terlibat dalam insiden tembakan di luar sebuah kafe Tel Aviv pada Khamis.

Selang beberapa jam kemudian, tiga lagi rakyat Palestin (bersenjata) terkorban dalam operasi ketenteraan Israel di utara Tebing Barat.

Mencetuskan Kemarahan Palestin

Berikutan beberapa serangan yang berlaku, kumpulan bersenjata Palestin ingin menuntut bela kematian terhadap enam rakyatnya dalam serbuan yang dilakukan oleh tentera Israel baru-baru ini.

Menurut sumber rasmi daripada kedua-dua pihak, konflik Israel-Palestin telah meragut nyawa 81 orang sejak awal tahun ini. Ia termasuk orang dewasa, tentera dan kanak-kanak Palestin.

Manakala 12 orang awal Israel dilaporkan terbunuh. Jumlah tersebut meliputi tiga kanak-kanak dan seorang pegawai polis serta seorang  warganegara Ukraine.

Dua belas orang awam Israel, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang anggota polis, serta seorang orang awam Ukraine telah terbunuh dalam tempoh yang sama, menurut pengiraan AFP berdasarkan sumber rasmi daripada kedua-dua pihak.

Sejak tahun lalu, konflik di Tebing barat semakin bertambah buruk berikutan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kembali memegang jawatan pada Disember.

Kerajaan pimpinan Netanyahu kini berdepan dengan kes rasuah yang sedang dibicarakan. Bagaimanapun perkara tersebut cuba dinafikan dengan Israel terus bertekad untuk memperluaskan wilayah di negara Tebing Barat itu.

BACA JUGA: Kepala Tersepit Pada Pokok, Mayat Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditemui Dipercayai Dibunuh

Sumber: AFP via France24

The post Tiga Anggota Bersenjata Palestin Maut Ditembak Askar Israel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*