LIMA’23: Sasaran RM8 bilion nilai kontrak dan perolehan

KUALA LUMPUR – Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) yang akan berlangsung bermula 23 hingga 27 Mei depan menyasarkan nilai kontrak dan perolehan kira-kira RM8 bilion pada acara dwitahunan tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau yakin lebih banyak perjanjian persefahaman akan dimeterai antara negara-negara dan syarikat-syarikat sepanjang penganjuran pameran antarabangsa itu.

“Anggaran kita adalah RM7 bilion ke RM8 bilion memandangkan banyak negara di rantau Pasifik yang sedang meneliti dan menilai untuk membeli aset.

“LIMA ini menjadi tempat bertemu banyak pemain industri pertahanan, udara dan maritim sekali gus ia menjadi tumpuan utama untuk pemain industri meneroka, menjalin kerjasama serta bertukar pandangan berkaitan teknologi,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran LIMA’23 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kali terakhir LIMA dianjurkan ialah pada 2019 dan sepatutnya ia berlangsung sekali lagi pada 2021, namun acara tersebut tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Kemunculan LIMA’23 ini satu acara dinanti-nantikan selain merupakan pameran pertahanan, udara dan maritim terbesar di Asia Pasifik. Sebanyak 600 jemputan ini yang mana 80 peratus menyatakan mereka akan datang sebagai pempamer,” ujarnya.

Penganjuran LIMA’23 akan melibatkan 600 jumlah pempamer (syarikat); 20 pavilion antarabangsa; 45,000 atau 238,000 pelawat perdagangan mahupun awam; 410 tetamu luar negara dari kira-kira 59 negara selain pameran melibatkan 110 aset udara serta 110 aset maritim. – KOSMO! ONLINE

The post LIMA’23: Sasaran RM8 bilion nilai kontrak dan perolehan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*