Liverpool 2-0 Everton, Gol Pertama Gakpo Sejak Tiba Di Anfield

liverpool everton

Liverpool 2-0 Everton, Gol Pertama Gakpo Sejak Tiba Di Anfield

Liverpool mencatatkan kemenangan buat pertama dalam aksi Liga Perdana (EPL) 2023 dengan keputusan 2-0 menentang Everton di laman sendiri semalam, memetik BBC Sport.

Sebelum ini, The Reds mengalami kekalahan teruk di tempat lawan bertemu Brighton dan Wolveshampton Wanderers, masing-masing dengan keputusan 0-3.

Namun skuad Jurgen Klopp berjaya membuat ‘come back’ dalam saingan kali ini selepas kedua-dua jaringan disumbangkan oleh Mohamed Salah dan penyerang baharu, Cody Gakpo.

Imbas kembali perlawanan, gawang Everton yang dikawal penjaganya, Pickford dirobek Liverpool menerusi Mohamed Salah pada minit ke-36 perlawanan.

Bagaimanapun harapan Everton untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua gagal apabila Cody Gakpo menjaringkan gol kedua Liverpool hanya empat minit selepas perlawanan bermula.

Gol Pertama Gakpo Untuk Liverpool
Kredit: BBC Sport

Perlawanan tersebut turut menyaksikan Klopp memasukkan Virgil van Dijk, Roberto Firmino dan Diogo Jota dari bangku simpanan selepas pemain-pemainnya tercedera.

Selain itu, Klopp gembira apabila pemain mudanya, Stefan Bajcetic mempamerkan aksi cemerlang di bahagian tengah dengan hantaran-hantaran menakjubkan.

Keputusan kekal 2-0 sehingga ke wisel penamat, sekali gus membuatkan Liverpool berjaya meraih tiga mata berharga.

Gol pertama Gakpo buat Liverpool

Dalam pada itu, jaringan kedua Liverpool malam tadi merupakan gol pertama buat Gakpo sebagai pendatang baharu The Reds buat musim ini.

Tambah BBC Sport, ia merupakan gol pertama Gakpo untuk Liverpool selepas dia tiba di Anfield pada Januari lalu dengan pembelian (£45m) dari PSV Eindhoven.

Gol Pertama Gakpo Untuk Liverpool
Kredit: Eurosport

“Hasilnya semakin melegakan. Semakin baik anda bermain semakin besar kemungkinan anda untuk menjaringkan gol.

“Keseluruhan perlawanan adalah amat penting bagi kami kerana kami perlu membuat kenyataan,” jelas Kloop.

Secara tidak langsung, gol pertama Gakpo tersebut dilihat sebagai satu kelebihan besar untuk membakar semangat pemain The Reds yang lain.

Perkara itu diakui Gakpo biarpun dia menyedari waktu ini adalah detik sukar bagi pemain baharu sepertinya apabila pasukan mereka sedang berada di tangga kesembilan liga.

“Impian saya adalah untuk menjaringkan gol pada minit pertama perlawanan. Akhirnya saya terpaksa menunggu sedikit masa tetapi saya sangat gembira kerana dapat menjaringkan gol ini,” maklum Gakpo.

Untuk rekod, Liverpool kini menduduki tempat kesembilan liga dengan 32 mata, ketinggalan sembilan mata di belakang Newcastle selaku Top 4 layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Kemenangan malam tadi dipercayai menjadi pembakar semangat buat Liverpool untuk bertemu dengan Newcastle pada Sabtu ini.

Sumber: BBC Sport

The post Liverpool 2-0 Everton, Gol Pertama Gakpo Sejak Tiba Di Anfield appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*