Mid Valley Ditutup Sementara Susulan Kebakaran

Mid Valley Ditutup Sementara

Mid Valley Ditutup Sementara Susulan Kebakaran

KUALA LUMPUR — Susulan kebakaran yang berlaku pada Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley awal pagi tadi, pengurusan pusat membeli-belah itu memaklumkan bahawa bangunan itu akan ditutup buat sementara waktu.

Mid Valley Megamall dalam satu kenyataan di Facebook mengesahkan kejadian yang berlaku di salah satu premisnya pada jam 10.27 tadi.

Berikutan itu, Pasukan Tindakan Kecemasan berjaya mengawal kebakaran sementara Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian pada jam 10.42 pagi tadi.

“Sehingga jam 11.38 pagi, kami boleh mengesahkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“JBPM kini berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut dan mengawal premis tanpa mengganggu operasi pusat membeli-belah.

“Ia bagi mengutamakan keselamatan semua pengunjung, gangguan kepada bekalan kuasa sementara akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi memberi laluan kepada proses pembaikan,” kata Mid Valley dalam satu kenyataan.

Tambah pihak pengurusan, mereka memohon maaf atas insiden yang berlaku sebentar tadi.

“Mid Valley City akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menegaskan bahawa keselamatan pembeli dan pengunjung tetap menjadi keutamaan kami,” katanya lagi.

BACA JUGA: Pusat Beli Belah Mid Valley Dilaporkan Terbakar

Sementara itu, Tenaga Nasional Sdn Bhd, dalam satu kenyataan turut mengesahkan insiden yang berlaku di pusat membeli belah di ibu negara itu.

Difahamkan, pasukan teknikal TNB telah digerakkan ke lokasi berkenaan sejurus kejadian.

“Kebakaran PMU tersebut menyebabkan gangguan bekalan kepada pengguna di kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

“Walau bagaimanapun, punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan bagi memulihkan bekalan,” maklum TNB.

Sehubungan itu, pihaknya mengambil langkah segera untuk pemulihan bekalan dengan sebahagian pengguna terlibat telah mendapat bekalan seawal jam 10.55 pagi.

“TNB sedang berusaha memulihkan bekalan kepada pengguna yang masih terkesan.

“Pengguna boleh menghubungi TNB Careline di talian 15454 untuk maklumat lanjut. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna sepanjang gangguan bekalan ini,” jelas syarikat elektrik itu.

Sumber: Mid Valley Megamall, Tenaga Nasional Berhad (TNB)

The post Mid Valley Ditutup Sementara Susulan Kebakaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*