Liverpool Capai Persetujuan Dapatkan Khidmat Moises Caicedo

Liverpool Moises Caicedo

Liverpool Capai Persetujuan Dapatkan Khidmat Moises Caicedo

Liverpool dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan kelab Brighton and Hove Albion untuk menandatangani Moises Caicedo dengan nilai 110 juta pound sterling (RM641 juta), lapor The Athletic.

Brighton sebelum ini telah membuka tawaran pada tengah malam Khamis yang lalu.

Dalam lelongan tersebut, Liverpool telah menjadi pembida tertinggi dengan nilai 110 juta pound sterling manakala Chelsea pula membida pemain berusia 21 tahun itu dengan nilai 100 juta pound sterling.

Bagaimanapun, syarat peribadi pembelian masih belum dipersetujui antara Caicedo dan Liverpool.

Tetapi ia dijangka menjadi formaliti dengan pemeriksaan perubatan dirancang pada hari Jumaat.

Chelsea dikatakan menjadi kelab utama untuk membida Caicedo, tetapi Liverpool turut menjadi kelab yang terlibat dalam perbincangan.

Perjanjian ini akan memecahkan rekod perpindahan kelab, yang berjumlah 75 juta pound sterling untuk Virgil van Dijk.

Difahamkan, Liverpool sangat memerlukan pemain tengah pertahanan baharu selepas Fabinho berpindah ke Al Ittihad.

Chelsea telah mengintai khidmat Caicedo sepanjang musim panas selepas perpindahan Mason Mount, Mateo Kovaic, N’Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek meninggalkan kelab itu.

Selain itu, kelab tersebut juga dikatakan berminat dengan Romeo Lavia dari Southampton, di mana pemain itu turut diburu oleh Liverpool.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Seorang lagi sasaran Chelsea adalah Tyler Adam yang merupakan pemain dari Leeds United.

Sebelum ini, Brighton telah menjual gandingan Caicedo, Alexis Mac Allister kepada Liverpool yang akan menjadi pesaing mereka dalam Liga Europa musim depan.

Mereka telah memulakan kempen Liga Perdana di tempat sendiri menentang Luton Town pada hari Sabtu.

Pada hari Ahad pula Chelsea bakal menyambut Liverpool di tempat mereka sendiri.

West Ham Setuju Bayar 30 Juta Dapatkan Khidmat Harry Maguire

West Ham dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Manchester United untuk mendapatkan khidmat Harry Maguire bagi memperkuatkan benteng pertahanannya.

The Athletic pada Isnin melaporkan bahawa kelab dari London itu telah menawarkan sebanyak 30 juta pound sterling dan tawaran itu telah pun diterima oleh Manchester United.

Skuad kendalian David Moyes dikatakan sedang mencari pengganti tempat yang ditinggalkan oleh Declan Rice selepas pemain tersebut berkeputusan untuk ke Arsenal dengan kos perpindahan sebanyak 105 juta pound sterling.

Maguire kini dilaporkan sedang berusaha memulihkan prestasinya selepas jatuh merudum di bawah kendalian Erik ten Hag.

Sumber: The Athletic

The post Liverpool Capai Persetujuan Dapatkan Khidmat Moises Caicedo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*