[VIDEO] Ribut Cyberjaya, bomba terima aduan empat pokok tumbang

CYBERJAYA- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya menerima aduan empat pokok tumbang dalam kejadian ribut yang berlaku di kawasan tersebut petang tadi.

Pegawai Kanan Bomba Kanan II JBPM Cyberjaya, Mahamad Ramdani Doriat berkata, insiden pokok tumbang itu dilaporkan berlaku di empat kawasan antaranya di Jalan Universiti Multimedia Malaysia selain berdekatan McDonald’s berhampiran Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

“Aduan pertama kami terima kira-kira pukul 5.10 petang dan terus mengerahkan anggota ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bagi membolehkan aliran trafik bergerak seperti biasa.

“Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di empat lokasi terbabit juga turut dibantu oleh MPS dan keadaan kini telah kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Katanya, tiada aduan berhubung kerosakkan kenderaan atau jentera dilaporkan ketika kejadian ribut itu.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman video yang dimuat naik orang ramai berhubung kejadian ribut hingga menyebabkan beberapa jalan terhalang akibat pokok tumbang.

Selain dilaporkan berlaku di Universiti Multimedia Malaysia, ribut itu juga dilihat membadai kawasan di sekitar Malakat Mall. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Ribut Cyberjaya, bomba terima aduan empat pokok tumbang appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*