Lizzo Berdepan Saman, Didakwa Rasis Dan Hina Fizikal Penarinya

lizzo saman rasis

Lizzo Berdepan Saman, Didakwa Rasis Dan Hina Fizikal Penarinya

Penyanyi terkenal, Lizzo yang sering melaungkan slogan sayangi diri meski tidak memiliki tubuh idaman dilaporkan berdepan saman daripada tiga bekas penarinya, lapor Astro Awani.

Tiga penari tersebut adalah Arianna Davis, Crystal Williams dan Noelle Rodriguez.

Mereka merupakan penari dalam siri konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Truth Hurts.

Saman itu difailkan oleh mereka atas dakwaan Lizzo telah melakukan gangguan seksual, mencipta persekitaran kerja yang tidak sihat sehingga pekerja bermusuhan.

Selain itu, Lizzo juga didakwa rasis terhadap agama dan warna kulit penari-penarinya itu.

Lizzo juga didakwa telah menghina fizikal atau bentuk tubuh salah seorang penarinya sebelum bertindak memecatnya dalam sebuah mesyuarat.

Memetik The Guardian, semua kejadian itu didakwa berlaku di antara tahun 2021 sehingga 2023.

Dipaksa menyentuh tubuh penari bogel

Dalam pada itu, salah seorang daripada penari tersebut mendakwa bahawa dia telah dipaksa menyentuh tubuh seorang penari bogel di sebuah kelab di Amsterdam.

Lizzo juga didakwa memaksa penarinya melakukan aksi jijik seperti memakan pisang pada penari bogel wanita yang berada di kelab tersebut.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Mereka berkata lagi bahawa Lizzo kerap berbual lucah dan berkongsi kisah fantasi seksnya bersama para penarinya yang lain.

Yang terakhir, Lizzo juga didakwa telah memaksa para penari untuk menjalani uji bakat selama 12 jam sebelum menuduh mereka mabuk ketika waktu bekerja.

Terima Ujian Dengan Hati Terbuka, Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma

Chef selebriti terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan disahkan menghidap kanser Limfoma.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau dalam satu muat naik di Instagram miliknya hari ini.

Menerusi kiriman tersebut, Chef Wan kelihatan terbaring di atas katil ketika mendapatkan rawatan.

Jelasnya, dia sememangnya menghidap Kanser Limfoma.

“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG tadi. Pada jam 3 petang, Dr memaklumkan mengenai biopsi nodus limfa saya.

“Mereka terpaksa melakukan ujian sebanyak dua kali bagi mengesahkan keputusan yang diperolehi,” tulisnya.

Sehubungan itu, Chef Wan, 65, memaklumkan telah berjumpa dengan Pakar Onkologi, Dr Jay Suriar bagi mendapatkan nasihat berhubung penyakit yang dihidapinya.

Sumber: Astro Awani

The post Lizzo Berdepan Saman, Didakwa Rasis Dan Hina Fizikal Penarinya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*