Luar Biasa, 10 Juta Akaun Baru Threads Dibuka Dalam Masa Tujuh Jam

Threads Catat Lebih Dari 10 Juta Pengguna Baharu Hari ini

Luar Biasa, 10 Juta Akaun Baru Threads Dibuka Dalam Masa Tujuh Jam

Aplikasi media sosial terbaharu, Threads merekodkan pendaftaran 10 juta akaun, hanya dalam tempoh 7 jam selepas dilancarkan kepada pengguna global.

Berita menakjubkan tersebut telag dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg pada Khamis.

“10 juta pendaftaran masuk (bagi pengguna baharu) dalam masa tujuh jam,” tulis Zuckerberg menerusi akaun rasmi Threads beliau pada hari ini.

Selain itu, beberapa artis turut dilaporkan telah mengaktifkan akaun Threads seperti Jennifer Lopez, Shakira dan Hugh
Jackman.

Bukan itu sahaja, beberapa media besar turut mengaktifkan profil Threads termasuklah The Washington Post dan The Economist.

Threads merupakan aplikasi terbaharu daripada Meta. Aplikasi ini disebut-sebut sebagai pesaing kepada satu lagi aplikasi media sosial popular, Twitter.

Aplikasi Twiter dimiliki oleh billionaire terkemuka dunia, Elon Musk selepas membuat pengambil alihan bernilai puluhan bilion ringgit tahun lepas.

Aplikasi Threads terlebih dahulu menemui pengguna di Amerika Syarikat pada Khamis sebelum dilancarkan secara global pada Jumaat. Difahamkan, pelancaran aplikasi ini di Eropah berdepan dengan sedikit kelewatan berikutan kebimbangan berkenaan keselamatan data peribadi.

Kemunculan aplikasi Threads merupakan penyambung legasi kepada aplikasi-aplikasi lain yang cuba menggantikan Twitter.

Sebelum ini, terdapat beberapa aplikasi yang cuba untuk menggantikan Twitter, namun tiada satu pun yang berjaya populariti aplikasi berkenaan di peringkat global.

BACA: Nak Padam Akan Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Dalam pada itu, Zuckerberg turut sempat menyakat Musk, yang mana keduda-dua dikenali sebagai pesaing ketat dalam dunia media sosial.

Dalam satu ciapan pertama di Twitter dalam masa berdekad-dekad, Zuckerberg telah memuatnaik meme Spiderman yang menundingkan jari kepada Spiderman yang lain.

Imej meme popular yang dimuatnaik berkenaan dikatakan merujuk kepada persamaan fitur Twitter dengan Threads.

“Ia akan mengambil sedikit masa, tetapi saya fikir perlu ada sebuah aplikasi perbualan awam dengan lebih daripada 1 bilion pengguna.

“Twitter mempunyai peluang untuk melakukan ini tetapi tidak berjaya melakukannya. Mudah-mudahan kita dapat melakukannya.”

Menurut laporan AFP, Twitter memiliki kira-kira 200 juta pengguna aktif harian.

BACA: Kenapa Abjad Papan Kekunci Disusun “QWERTY…”, Main Letak Atau Ada Sebabnya?

Sumber: AFP 

The post Luar Biasa, 10 Juta Akaun Baru Threads Dibuka Dalam Masa Tujuh Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*