“H” Sebenar Yang Dicari, Honda “Collab” Buat Cincin Kahwin Khas Bertemakan Model Ikonik

Cincin perkahwinan honda

“H” Sebenar Yang Dicari, Honda “Collab” Buat Cincin Kahwin Khas Bertemakan Model Ikonik

Cinta pada kereta dan cinta kepada manusia adalah dua perkara yang berbeza, namun siapa sangka ia boleh disatukan dalam satu bentuk yang mudah.

Baru-baru ini, beberapa keping foto cincin yang terukir dengan logo Honda dan model-model ikoniknya menjadi tular di media sosial.

Menurut Car Scoope, cincin berkenaan merupakan produk terkini daripada syarikat barang perhiasan Jepun, U-Treasure yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggannya. Produk tersebuk dihasilkan secara berlesen menerusi kerjasama rasmi dengan Honda sendiri.

Difahamkan, cincin berkenaan diperbuat daripada platinum dengan rekaan ringkas lagi minimalis, pada kedua-dua bahagian.

Walaubagaimanapun, terdapat ukiran istimewa pada bahagian dalam iaitu logo Honda sendiri selain ukiran logo model-model ikonik, seperti Civic Type R.

Cincin kahwin Honda, H sebenar yang dicari-cari

Secara keseluruhan, U-Tresure diberi kebenaran untuk menggunakan 12 logo model-model ikonik Honda menerusi kerjasama tersebut.

Selain Civic Type R, ukiran model-model lain yang turut ditawarkan adalah model Beat, Prelude, Integra dan SiR.

Sebagai tambahan, anda juga boleh meminta ukiran sehingga lapan abjad pada cincin berkenaan. Maka, boleh meletakkan nama pasangan anda pada cincin berkenaan bagi meraikan perasaan cinta yang dimiliki kepadanya.

Cincin ini mula dijual dengan tanda harga 132,000 Yen (RM4,403.70) berdasarkan kadar pertukaran semasa. U-Tresure berkata, pelanggan akan menerima cincin masing-masing selepas enam minggu tempahan dibuat.

cincin perkahwinan honda
Kredit: U-Treasure

Sejarah bermulanya jenama Honda

Seorang jurutera, Soichiro Honda telah mengasaskan Institut Kajian Teknikal Honda pada 1946 di Hamamatsu, yang bertujuan untuk membangunkan teknologi enjin pembakaran.

Kemudian, institut berkenaan diperbadankan dan menjadi Syarikat Motor Honda pada 1948. Syarikat itu seterusnya mula menghasilkan motorsikal bermula 1949. Model ikonik, Honda C-100 seterusnya ditawarkan dalam pasaran pada 1953.

Seterusnya, syarikat itu membuka sebuah subsidiari di Amerika Syarikat iaitu Syarikat Motor Honda Amerika pada 1959. Syarikat tersebut mula menghasilkan motorsikal untuk pasaran negara berkenaan bermula pada tahun 1979 dan seterusnya memperkenalkan kereta pada 1982.

Pada tahun 1969, Honda memperkenalkan CB750 kepada dunia, iaitu model motorsikal berkuasa tinggi pertamanya dengan enjin berkapasiti 750cc.

BACA: Buat Macam Ni, Cara ‘Tepat’ Cuci Senduk Kayu, Semua Kotoran Minyak Berlemak Keluar

Sumber: Car Scoope

The post “H” Sebenar Yang Dicari, Honda “Collab” Buat Cincin Kahwin Khas Bertemakan Model Ikonik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*