Lucasfilm Saman ‘Car Wash’ Atas Tuduhan Menciplak

Lucasfilm Saman ‘Car Wash’ Atas Tuduhan Menciplak

Syarikat pengeluaran Walt Disney iaitu Lucasfilm yang terkenal dengan filem Star Wars telah menyaman sebuah kedai cuci kereta di Chile atas tuduhan menciplak jenama mereka.

Ini kerana, kedai itu menggunakan nama Star Wash sebagai nama kedai mereka serta menggunakan kostum karakter daripada Star Wars seperti Chewbacca dan Stormtrooper.

Syarikat guaman yang mewakili kedai cuci kereta itu telah menyatakan bahawa pemilik kedai, En. Matias Jara sedang dalam proses untuk mendaftar nama kedainya itu dengan pihak berkuasa INAPI Chile.

Tetapi, dia sebaliknya menerima tuntutan mahkamah daripada pencipta francais, Star Wars iaitu Lucasfilm.

Peguam En. Matias Jara telah berkata, syarikat itu mahu menghentikan pendaftaran nama kedai tersebut kerana tidak mahu ia dikaitkan dengan Star Wars. Namun, menurut peguam itu lagi, hal itu tidak menimbulkan sebarang isu.

Syarikat Lucasfilm yang diperoleh oleh Disney pada tahun 2012 tidak memberi maklum balas yang segera mengenai permintaan untuk memberikan komen mengenai hal tersebut.

Menzahirkan Rasa Tidak Puas Hati

En. Matias Jara mahu mempertahankan tuntutan yang telah dibuat itu. Hal ini kerana, menurutnya, nama kedainya itu sudah cukup berbeza berbanding dengan francais Star Wars itu.

Dia turut menghujahkan bahawa hak cipta syarikat itu hanyalah untuk barangan permainan, perabot dan juga minuman yang tidak beralkohol. Hak cipta Lucasfilm tidak termasuk dengan servis mencuci kereta.

Selain itu, pemilik kedai cuci kereta Star Wash itu turut menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap saman tersebut.

“Tuntutan mahkamah ini telah memberi kesan kepada kami. Kami hanyalah peniaga kecil-kecilan dan kini, kami harus menggunakan wang kami untuk perbelanjaan yang tidak dikira oleh kami,” kata En. Matias Jara.

Tegasnya juga, “Kami tidak membikin filem atau menjual barangan mereka atau apa-apa yang berkaitan,”

Sekadar pengetahuan, nama kedainya itu diberi apabila anak perempuannya telah terfikirkan word play mengenai Star Wars apabila mereka sekeluarga bercuti di taman tema Disney di Amerika Syarikat yang mempunyai kawasan bertemakan Star Wars.

Sumber: ABC News

BACA JUGA: Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Jabatan Penjara Hidupkan Kembali Tenun Pahang Diraja

The post Lucasfilm Saman ‘Car Wash’ Atas Tuduhan Menciplak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*