Kedai Dibaling Tukul Besi Selepas Viral Turap Jalan Rosak Guna Wang Sendiri

tukul besi

Kedai Dibaling Tukul Besi Selepas Viral Turap Jalan Rosak Guna Wang Sendiri

Seorang usahawan di Indonesia yang bermurah hati menurap jalan rosak ditimpa nasib malang apabila kedainya dibaling tukul besi oleh individu yang tidak dikenali.

Lapor Kompas.com, lelaki dikenali Bambang itu tular di media sosial selepas rakaman aksinya bersama rakan-rakannya membaiki jalan raya yang berlubang di bandaraya Pekanbaru di Riau.

Bambang yang merupakan ahli perniagaan di Jalan Parit Indah sanggup membelanjakan wangnya sendiri dengan membeli sebuah lori pembancuh simen untuk melakukan kerja membaik pulih itu.

Selepas video tersebut tular, lelaki yang berusia 32 tahun itu memaklumkan dirinya mengalami beberapa kejadian yang kurang menyenangkan.

Maklum Bambang, kedainya telah dilempar tukul besi oleh individu yang tidak dikenali.

“Ada yang melemparnya dengan tukul, pecah kaca (kedai) saya.

“Kalau guna batu tidak menjadi masalah, tapi kalau guna tukul macam ada rancangan sebaliknya. Tukul itu tertinggal di tempat kejadian,” katanya.

Bambang berkata dia tidak dapat menyimpulkan sama ada balingan tukul itu adalah satu keganasan atau trend atau gurauan.

Ujarnya, perkara sedemikian berlaku selepas aksinya tular di media sosial kerana sebelum ini, dia tidak pernah mengalami situasi seperti itu.

Difahamkan juga, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raya berhubung kejadian itu.

“Setakat ini saya belum pernah kena seperti ini. Kalau persaingan perniagaan, kenapa dibaling. Tidak ada gunanya juga,” kata Bambang.

BACA: “Baldi Dia Bawak Kehulu Hilir,” Netizen ‘Salute’ Uncle Naik Basikal Cari Jalan Berlubang Nak Turap

Permulaan pembaikian jalan

Pada permulaannya, Bambang melihat penduduk di kawasan Pekanbaru membuat video berkenaan dengan jalan berlopak itu sehingga tersebar di media sosial.

“Ramai yang telah memuat naik video kalan rosak dan menyebarkannya di beberapa platform, namun masih tiada maklum balas daripada pihak kerajaan,” jelasnya.

Jalan-jalan yang berlubang itu membuatkan nyawa para penunggang berada dalam bahaya sekiranya mereka melalui jalan tersebut.

“Motivasi saya adalah untuk membaiki jalan yang rosak, kerana Jalan Parit Indah di hadapan tempat perniagaan saya menyebabkan ramai penunggang terjatuh.

“Dari situ saya mengambil inisiatif untuk menurap jalan tersebut supaya tiada yang terjatuh lagi,” ujar Bambang.

Dia melakukan pekerjaan murni itu kerana tidak mahu penduduk berasa gusar apabila lalu di kawasan tersebut dan bertanggungjawab atas nyawa penunggang motosikal.

Sumber: Kompas.com

The post Kedai Dibaling Tukul Besi Selepas Viral Turap Jalan Rosak Guna Wang Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*