“Macam Adik-Beradik” Gelagat MB Kedah & MB Selangor Bergurau Senda Raih Perhatian

“Macam Adik-Beradik” Gelagat MB Kedah & MB Selangor Bergurau Senda Raih Perhatian

Sering menjadi pusat perhatian sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, gelagat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Selangor,  Datuk Seri Amirudin Shari “mesra” menjadi buah mulut orang ramai.

Dalam video tular di TikTok itu menunjukkan kedua-dua MB itu saling menyapa antara satu sama lain dengan senyuman terukir pada raut wajah mereka.

Lebih menarik, Ahli Parlimen Jeneri itu duduk bersebelahan dengan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Tua.

Turut berada di sebelah Sanusi adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Difahamkan, kedua-dua mereka hadir dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-80 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Mesyuarat itu dihadiri oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin-pemimpin tertinggi seluruh negeri.

Reaksi Netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap profesional oleh kedua-dua pemimpin itu.

Meskipun berbeza ideologi yang dibawa, sebahagian warganet memuji sikap kedua-dua menteri besar itu dan menyifatkan seperti “dua beradik” selepas melihat kemesraan mereka.

 

Sebelum ini, hubungan antara kedua-dua tokoh pemimpin itu tampak tegang dengan pelbagai dakwaan dan saman.

Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN)

Gambar: Fb Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-80 hari ini.

Jelasnya, mesyuarat itu sebagai suatu wadah bagi Kerajaan Persekutuan berunding dengan Kerajaan-kerajaan Negeri berkaitan dasar yang menyentuh tata kelola pentadbiran tanah yang konklusif, sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

BACA JUGA: Amirudin Saman Sanusi Berkaitan Dakwaan Skandal Projek Sungai Klang

“Kami berbincang mengenai beberapa perkara. Antaranya komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan selaras dengan Sidang Kemuncak Rio De Janeiro.

”Serta dasar pelupusan tanah kepada TNB selaku penyedia perkhidmatan elektrik negara tanpa mengenepikan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada Pihak-Pihak Berkuasa Negeri.

“MTN-80 juga bersetuju dengan keputusan Majlis Mineral Negara Ke-2 (MMN2) yang melibatkan kelulusan secara prinsip Dokumen Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia serta syarat kelayakan penyediaan dan perakuan Laporan Carigali dan Penjelajahan hanya oleh Ahli Geologi Berdaftar, Ahli Geologi Asing Berdaftar, Pengamal Berdaftar atau Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan.

“Aspek ekonomi dan kemampanan merupakan perkara yang ditekankan dalam kita mentadbir urus soal guna tanah untuk diwarisi generasi akan datang,” tulisnya.

mb kedah & selangor mtn
Gambar: Fb Anwar Ibrahim

Sumber: TikTok, Fb Anwar Ibrahim

The post “Macam Adik-Beradik” Gelagat MB Kedah & MB Selangor Bergurau Senda Raih Perhatian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*