“Macam Pengantin Baru,” Ramai Tumpang Gembira Lihat Kemesraan Diana, Farid

diana farid pengantin baru

“Macam Pengantin Baru,” Ramai Tumpang Gembira Lihat Kemesraan Diana, Farid

Beberapa minggu lalu, pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle mengejutkan orang ramai selepas membuat keputusan merujuk semula sebagai suami isteri setelah bercerai 10 Ogos lalu.

Pasangan tersebut dilihat tidak segan untuk mempamerkan kemesraan mereka di media sosial malah sering memuat naik gambar bersama sejak mereka kembali bersama.

Baru-baru ini, Diana memuat naik gambar bersama suaminya ketika sedang membeli-belah barangan dapur di sebuah pasar raya hingga mencetuskan perbualan dalam kalangan warga maya.

Perbuatan mereka dikatakan saling tidak tumpah seperti pasangan pengantin baru yang berada dalam fasa bulan madu.

Menerusi muat naik tersebut, Diana berkata suaminya sedang mengajuk dirinya yang berlakon seakan-akan menjadi pempengaruh ketika membeli barang.

Kredit: dianadanielleb/Instagram

Diana turut mengepilkan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Farid sedang meniru tindak-tanduknya.

Swipe untuk tengok Farid Kamil ajuk-ajuk kita jadi pempengaruh,” memetik kapsyen itu.

Perkongsian Diana itu membuatkan ramai gembira, lebih-lebih lagi peminatnya yang suka melihat kemesraan pasangan tersebut.

BACA: “Alhamdulillah Terima Kasih,” Farid Kamil Muat Naik Video Sedang Bersuluk

“Macam baru nikah semalam…”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen yang mencuit hati dan menyatakan pasangan itu seperti baru sahaja diijabkabulkan semalam.

Mereka turut berharap pasangan itu akan kekal berkasih selama-lamanya.

“Mereka punya vibe macam pengantin baru yang baru kahwin semalam. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang, amin,” komen warga maya.

“Bahagia tu sampai di sini. Semoga kekal hingga jannah,” ujar warga maya.

“Hahahaha apa ini, comelnya kamu berdua,” kata netizen.

“Macam pengantin baru ya,” seloroh warga maya lagi.

Pengalaman lalu mendewasakan diri

Sebelum ini, media melaporkan pelakon Lagenda Budak Setan mengumumkan dia dan isterinya telah merujuk kembali dalam sebuah program hiburan.

“Alhamdulillah saya dan isteri kembali rujuk pada pada 31 Ogos 2023,” kata Farid.

Menurutnya lagi, mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali bersama kerana agama dan dalam masa sama menyedari bahawa pengalaman lalu telah mendewasakan dia dan isterinya.

Difahamkan juga, sepanjang tempoh bercerai pada Ogos lalu, mereka mengambil waktu untuk bermuhasabah diri dan menilai semula rumahtangga mereka.

Sumber: dianadanielleb/Instagram

The post “Macam Pengantin Baru,” Ramai Tumpang Gembira Lihat Kemesraan Diana, Farid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*