MOSTI Beri Penekanan Kepada Teknologi AI Dalam Pertanian – Chang

ai pertanian

MOSTI Beri Penekanan Kepada Teknologi AI Dalam Pertanian – Chang

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pertanian, bagi meningkatkan daya tahan sektor agromakanan negara, kata Menteri Sains, Teknologi  dan Inovasi Chang Lih Kang.

Beliau berkata selain itu pendekatan pertanian regeneratif dan tanaman berdaya tahan iklim, akan turut diberikan penekanan dan menjadi antara usaha yang diberikan tumpuan dalam menangani keterjaminan makanan negara.

“Kejayaan pelaksanaannya diharap dapat meningkatkan produktiviti yang boleh memberi manfaat kepada petani kecil,” katanya dalam artikel yang dikongsi kepada media hari ini.

Chang berkata selain penggunaan teknologi dalam pertanian, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah RM200 juta di bawah Agrobank, untuk dimanfaatkan bagi membantu penyediaan kemudahan pembiayaan.

BACA: Ketahui Aplikasi Sistem GeoTanaman, Inovasi Digital Jabatan Pertanian

“Ia sebagai antara usaha menyokong industri makanan tempatan, menjurus kepada peningkatan pengeluaran melalui penggunaan aplikasi teknologi moden dalam sektor pertanian,” katanya.

Chang berkata Malaysia tidak boleh lagi menjadi sekadar pengguna kepada teknologi yang dibangunkan oleh negara maju.

Sebaliknya beliau berkata masanya telah tiba untuk rakyat membangunkan keupayaan dan produk serta sistem sendiri, untuk kekal berdaya saing dalam kepesatan perubahan semasa.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kenaikan Kadar Skim Subsidi Harga Padi, Pesawah Harap Tiada Pihak Ambil Kesempatan

The post MOSTI Beri Penekanan Kepada Teknologi AI Dalam Pertanian – Chang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*